Posts

Showing posts from May, 2019

SOLUSI KEPADA GEJALA PENYAKIT JIWA

Image
Adakah dengan banyaknya kes buli di jalan raya boleh dikaitkan dengan gejala-gejala seseorang itu mengalami gangguan jiwa?. Gangguan jiwa boleh juga dikatakan seseorang itu sebenarnya sedang mengalami sakit mental. Mengikut Kementerian Kesihatan, Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang. Statistik yang dihasilkan melalui pemantauan penyakit ini di Malaysia pada tahun 1996 mendapati hampir 11.1% daripada golongan dewasa Malaysia dikesan mengalami penyakit mental. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan pada 2020 penyakit mental menjadi penyebab kedua tertinggi seseorang boleh hilang upaya. Gangguan mental boleh disebabkan oleh keturunan, gangguan dalam otak, jangkitan virus, sejarah hidup yang kelam dan juga keadaan sosio ekonomi yang rendah. Kehidupan di kota yang penuh dengan cabaran telah menye

KAD UCAPAN RAYA, DULU DAN SEKARANG

Image
Pada waktu dulu, sejak awal Ramadan orang mulai menghantar kad ucapan hari raya kepada sahabat dan saudara mara. Waktu ini juga peniaga mengambil peluang untuk menjual stok lama yang tidak habis dengan harga murah, kerana ianya produk bermusim. Berbeza hari  ini, beberapa kedai buku yang dikunjungi tidak lagi menjual kad ucapan raya semeriah dahulu.  Jika ada pun untuk pembeli yang masih ingin mengekalkan tradisi menghantar kad ucapan secara fizikal. Selari dengan kemajuan teknologi, kini kad ucapan dihantar melalui aplikasi whatsapp, instagram atau di media sosial lain. Lebih mudah dan cepat. Semudah dengan memilih dan 'install' aplikasi di 'Google Play' kemudian tulis ucapan yang dikehendaki serta 'send',tak sampai 1 minit telah sampai kepada penerima. Jika menggunakan fizikal kad, dari proses membeli hingga sampai kepada penerima mungkin mengambil masa dalam 3 ke 4 hari. Itupun jika masih belum berpindah atau bertukar alamat. Kad ucapan dihantar seb

WORLD #QURANHOUR DAN SOLUSI KEPADA CABARAN MASA KINI

Image
Program World #QuranHour yang akan berlangsung seluruh Negara pada 30 Mei ini memang amat mulia dan sangat dianjurkan. Pada tahun ini, Surah Al-Kahfi, surah ke 18 dari 114 surah telah dipilih untuk dibaca dan dikupas tentang isinya yang boleh dihubung kait dengan cabaran hari ini. Surah ini mengandungi 110 ayat, yang juga bermaksud "Penghuni-penghuni Gua". Penganjur mengharapkan dengan program ini, orang Islam menjadikan Al Quran sebagai panduan menghadapi zaman yang penuh cabaran. Juga membentuk ummah yang berbudi dan penyayang dalam menangani serta melahirkan solusi terhadap empat cabaran sejagat iaitu keyakinan, harta, ilmu pengetahuan dan kekuasaan. Apakah yang dibaca boleh difahami dan dijadikan sebagai pedoman, petunjuk dan rahmat kepada manusia?. Cuba kita lihat penegasan Allah dalam Surah At Jatsiyah ayat 20 di bawah. "Al Qur'an ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyak