KAD UCAPAN RAYA, DULU DAN SEKARANG

Pada waktu dulu, sejak awal Ramadan orang mulai menghantar kad ucapan hari raya kepada sahabat dan saudara mara.


Waktu ini juga peniaga mengambil peluang untuk menjual stok lama yang tidak habis dengan harga murah, kerana ianya produk bermusim.

Berbeza hari  ini, beberapa kedai buku yang dikunjungi tidak lagi menjual kad ucapan raya semeriah dahulu. 

Jika ada pun untuk pembeli yang masih ingin mengekalkan tradisi menghantar kad ucapan secara fizikal.

Selari dengan kemajuan teknologi, kini kad ucapan dihantar melalui aplikasi whatsapp, instagram atau di media sosial lain. Lebih mudah dan cepat.

Semudah dengan memilih dan 'install' aplikasi di 'Google Play' kemudian tulis ucapan yang dikehendaki serta 'send',tak sampai 1 minit telah sampai kepada penerima.

Jika menggunakan fizikal kad, dari proses membeli hingga sampai kepada penerima mungkin mengambil masa dalam 3 ke 4 hari. Itupun jika masih belum berpindah atau bertukar alamat.

Kad ucapan dihantar sebagai pengganti diri mengandungi permohonan maaf diatas segala kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan sepanjang tahun.

Ianya juga menandakan yang diri kita masih lagi diingat oleh sahabat handai dan saudara mara.

Dulu, waktu ini Pejabat Pos dan Posmen merupakan dua entiti yang paling sibuk menyusun dan menghantar kad kepada penerima seluruh negara.

Seronok jika nampak posmen sampai, ingin melihat siapa yang menghantar kad ucapan.kad-kad ucapan di kumpul dan ditampal di dinding rumah berhampiran ruang tamu. Banyak kad menandakan ramai kawan. Kalau tak terima banyak kad, salah satu taktik beli dan tampal bagi nampak banyak, bijak kan?.

Kecanggihan teknologi zaman sekarang sedikit demi sedikit telah mengambil alih tradisi yang dilakukan sejak dulu.

Kemungkinan generasi Y dan Z tidak pernah mengenal pun bagaimana bentuk kad raya fizikal yang popular satu masa dulu jika tiada usaha untuk menghidupkan kembali budaya tersebut.

Disebabkan proses menghantar kad ucapan raya hari ini sangat mudah dan cepat. Menjelang malam raya dan hari pertama Aidilfitri talian telefon dijangka mengalami 'kesesakkan' kerana orang berpusu-pusu menghantar ucapan.

Budaya 'Last Minute' sudah menjadi satu yang seronok sejak era digital berkembang. Semua hendak dilakukan pada saat akhir kerana yang akhir selalu diingati.




**Contoh Apps Google Play Kad Raya 2019



Comments

Popular posts from this blog

BUFFET RAMADHAN DI HOTEL, GAYA BARU MASYARAKAT KOTA