BUFFET RAMADHAN DI HOTEL, GAYA BARU MASYARAKAT KOTA
Kurma merupakan makanan pilihan utama masyarakat Islam di bulan ramadhan. Hampir setiap rumah yang mampu akan meyediakan buah kurma sebagai makanan pembuka semasa berbuka puasa.
Ini adalah mengikut kefahaman nenek moyang yang menggangap memakan kurma adalah satu Sunnah Nabi. Jadi kalau tidak makan kurma semasa berbuka dianggap tidak mengikut sunnah.
Negara Arab seperti Mekah dan Madinah, tanaman utama adalah pokok kurma kerana ianya memang sesuai ditanam dan hidup dalam cuaca panas dan kering. Maka memang patutlah kurma menjadi makanan pilihan utama.
Tetapi janganlah sampai mengatakan yang makan kurma itu sunnah, nanti sunnah yang benar tidak dilakukan sebaliknya yang batil dibudayakan.
Kebelakangan ini wujud satu budaya baru yang menjadi gaya hidup masyarakat kota seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Bahru dan Pulau Pinang, iaitu berbuka puasa di hotel atau restoran.
Hotel dan restoran telah mengambil peluang ini untuk menawarkan makanan berbuka puasa secara bufet dengan pelbagai pilihan menu dan harga yang sesuai mengikut yang ditawarkan.
Hampir kebanyakkan hotel dan restoran utama menggunakan strategi ini untuk meningkatkan pendapatan mereka di bulan ramadhan.
Bufet adalah pelbagai jenis makanan dan minuman panas serta sejuk yang dihidangkan kepada pelanggan. Konsep ini biasanya adalah secara layan diri. Jadi pelanggan boleh memilih makanan yang mereka sukai untuk dimakan.
Setiap hotel menyediakan makanan mengikut tema masing-masing sebagai daya penarik pelanggan untuk datang. Contohnya Hotel Royal Kuala Lumpur membawa tema "Warisan Melayu" dimana bufet menu yang disediakan mengikut makanan negeri-negeri di Malaysia.
Menu masakan gulai ikan tempoyak dari Negeri Pahang dan daging dendeng Negeri Sembilan merupakan antara pilihan bufet yang disediakan sepanjang ramadhan.
Harga yang dikenakan adalah berbeza bagi dewasa dan kanak-kanak dan mengikut menu yang ditawarkan. Di hotel harganya sekitar RM80.00 hingga RM150.00 seorang, manakala di restoran sekitar RM40.00 ke RM80.00 seorang.
Mari kita kaji dan lihat faktor kenapa konsep ini menjadi trend masyarakat masa kini dan satu perniagaan yang menguntungkan.
Dulu waktu saya berusia belasan tahun amalan berbuka puasa tertumpu di rumah bersama ibu bapa dan adik beradik. Ibu yang akan memasak juadah berbuka puasa untuk kami semua.
Kasih sayang, menghargai dan menghormati ibu bapa boleh lahir hasil dari 'air tangan' mereka. Proses menyediakan juadah berbuka besama-sama boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Hari ini memang sukar untuk dapat situasi seperti ini. Ibu bapa berdua di kampung manakala anak cucu di bandar bersama keluarga masing-masing.
Pada pendapat peribadi saya konsep bufet ramadhan ini ada baik dan buruknya. Baiknya dari segi penambahan pendapatan kepada peniaga kerana biasanya harga untuk bufet ramadhan akan lebih mahal dari bulan lainnya.
Pada bulan ini peniaga cuba memaksimakan keuntungan bagi menampung kekurangan pada bulan-bulan yang lain.
Bagi syarikat korporat akan mengambil peluang pada bulan yang mulia ini bagi menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Kepada individu yang berkemampuan, waktu inilah mereka ingin mengejar pahala dengan bersedekah kepada anak-anak yatim.
Setahun sekali sahajalah anak-anak yatim dan orang miskin akan 'merasa mewah' kerana diraikan. Pada bulan-bulan yang lain mereka terpaksa meminta-meminta bagi menampung perbelanjaan hidup.
Selain itu kebaikan bufet ramadhan ini akan dinikmati oleh pengemar makanan tradisional. Di bulan ini mereka akan dapat menikmati makanan kegemaran mereka dengan mudah, hanya 'search' dan pergi ke tempat tersebut.
Jika dilihat dari sudut buruknya bufet ramadhan ini adalah pembaziran yang berlaku. Pembaziran makanan dan wang ringgit.
Bagi seorang dewasa yang normal, berapakah agaknya kapisiti perut boleh menampung makanan yang akan dimakan. Sebelum berbuka puasa nafsu bergelora untuk nak makan semua yang terhidang, tetapi bila sampai waktu berbuka berapa banyak sangat makanan yang boleh dimakan.
Cuba gengam tangan anda. Sebesar gengaman itulah perut kita, jadi sebanyak manakah makanan yang boleh dimakan. Janganlah makan seperti orang yang dah sebulan tak makan. Ada kata nasihat, "makan apabila lapar dan berhentilah sebelum kenyang".
Satu lagi cuba kita bandingkan berapakah harga makan malam kita pada hari-hari biasa. Adakah berharga RM80.00 atau RM150.00 sekali makan?. Kalau sekali makan berharga RM20.00 maka kita telah melakukan pembaziran wang.
Berdasarkan kenyataan CEO Alam Flora di media Astro Awani baru-baru ini mengatakan makanan yang tidak terjual di bazar ramadhan dan bufet menyumbang kepada penambahan buangan sisa pepejal di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang.
Ini merupakan pembaziran kepada makanan. Berjalanlah di muka bumi dan perhatikan bagaimana manusia yang kekurangan makanan dan sangat-sangat mengharapkan bantuan makanan. Kita di Malaysia makanan dibazirkan dan dibuang.
Tunggulah satu lagi budaya baru masyarakat kota di bulan Syawal nanti, apa lagi kalau bukan "Majlis Rumah Terbuka".
"Pembaziran adalah amalan syaitan".
**Gambar bufet ramadhan hotel-hotel terkemuka di ibukota.
Ini adalah mengikut kefahaman nenek moyang yang menggangap memakan kurma adalah satu Sunnah Nabi. Jadi kalau tidak makan kurma semasa berbuka dianggap tidak mengikut sunnah.
Negara Arab seperti Mekah dan Madinah, tanaman utama adalah pokok kurma kerana ianya memang sesuai ditanam dan hidup dalam cuaca panas dan kering. Maka memang patutlah kurma menjadi makanan pilihan utama.
Tetapi janganlah sampai mengatakan yang makan kurma itu sunnah, nanti sunnah yang benar tidak dilakukan sebaliknya yang batil dibudayakan.
Kebelakangan ini wujud satu budaya baru yang menjadi gaya hidup masyarakat kota seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Bahru dan Pulau Pinang, iaitu berbuka puasa di hotel atau restoran.
Hotel dan restoran telah mengambil peluang ini untuk menawarkan makanan berbuka puasa secara bufet dengan pelbagai pilihan menu dan harga yang sesuai mengikut yang ditawarkan.
Hampir kebanyakkan hotel dan restoran utama menggunakan strategi ini untuk meningkatkan pendapatan mereka di bulan ramadhan.
Bufet adalah pelbagai jenis makanan dan minuman panas serta sejuk yang dihidangkan kepada pelanggan. Konsep ini biasanya adalah secara layan diri. Jadi pelanggan boleh memilih makanan yang mereka sukai untuk dimakan.
Setiap hotel menyediakan makanan mengikut tema masing-masing sebagai daya penarik pelanggan untuk datang. Contohnya Hotel Royal Kuala Lumpur membawa tema "Warisan Melayu" dimana bufet menu yang disediakan mengikut makanan negeri-negeri di Malaysia.
Menu masakan gulai ikan tempoyak dari Negeri Pahang dan daging dendeng Negeri Sembilan merupakan antara pilihan bufet yang disediakan sepanjang ramadhan.
Gulai Ikan Tempoyak |
Daging Dendeng |
Mari kita kaji dan lihat faktor kenapa konsep ini menjadi trend masyarakat masa kini dan satu perniagaan yang menguntungkan.
- Masyarakat kota yang sibuk dengan kerja hingga tidak sempat untuk pulang bagi menyediakan makanan di rumah.
- Waktu kerja dan persekolahan yang dipendekkan telah menyumbang kepada kesesakkan jalan raya. Dari berbuka puasa di dalam kenderaan lebih baik di hotel atau restoran.
- Bagi orang bujang atau keluarga kecil adalah tidak ekonomi memasak dan menyediakan juadah berbuka di rumah.
- Nak makan makanan tradisional atau makanan khas sesebuah negeri tidak perlu balik ke kampung, semuanya ada di hotel.
- Majikan yang ingin meraikan kakitangan yang berpuasa adalah sesuai dengan cara ini.
- Salah satu konsep bersedakah kepada anak-anak yatim dengan majlis berbuka puasa lebih sesuai di hotel atau restoran berbanding di rumah.
- Promosi besar-besaran dari hotel dan restoran terbabit.
- Promosi dari kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan kepada pelancong untuk merasai makanan tradisional.
- Masyarakat kota yang hari ini malas memasak. Bagi mereka lebih baik berbuka puasa di hotel atau beli makanan di bazar ramadhan.
Dulu waktu saya berusia belasan tahun amalan berbuka puasa tertumpu di rumah bersama ibu bapa dan adik beradik. Ibu yang akan memasak juadah berbuka puasa untuk kami semua.
Kasih sayang, menghargai dan menghormati ibu bapa boleh lahir hasil dari 'air tangan' mereka. Proses menyediakan juadah berbuka besama-sama boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Hari ini memang sukar untuk dapat situasi seperti ini. Ibu bapa berdua di kampung manakala anak cucu di bandar bersama keluarga masing-masing.
Pada pendapat peribadi saya konsep bufet ramadhan ini ada baik dan buruknya. Baiknya dari segi penambahan pendapatan kepada peniaga kerana biasanya harga untuk bufet ramadhan akan lebih mahal dari bulan lainnya.
Pada bulan ini peniaga cuba memaksimakan keuntungan bagi menampung kekurangan pada bulan-bulan yang lain.
Bagi syarikat korporat akan mengambil peluang pada bulan yang mulia ini bagi menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Kepada individu yang berkemampuan, waktu inilah mereka ingin mengejar pahala dengan bersedekah kepada anak-anak yatim.
Setahun sekali sahajalah anak-anak yatim dan orang miskin akan 'merasa mewah' kerana diraikan. Pada bulan-bulan yang lain mereka terpaksa meminta-meminta bagi menampung perbelanjaan hidup.
Selain itu kebaikan bufet ramadhan ini akan dinikmati oleh pengemar makanan tradisional. Di bulan ini mereka akan dapat menikmati makanan kegemaran mereka dengan mudah, hanya 'search' dan pergi ke tempat tersebut.
Jika dilihat dari sudut buruknya bufet ramadhan ini adalah pembaziran yang berlaku. Pembaziran makanan dan wang ringgit.
Bagi seorang dewasa yang normal, berapakah agaknya kapisiti perut boleh menampung makanan yang akan dimakan. Sebelum berbuka puasa nafsu bergelora untuk nak makan semua yang terhidang, tetapi bila sampai waktu berbuka berapa banyak sangat makanan yang boleh dimakan.
Cuba gengam tangan anda. Sebesar gengaman itulah perut kita, jadi sebanyak manakah makanan yang boleh dimakan. Janganlah makan seperti orang yang dah sebulan tak makan. Ada kata nasihat, "makan apabila lapar dan berhentilah sebelum kenyang".
Satu lagi cuba kita bandingkan berapakah harga makan malam kita pada hari-hari biasa. Adakah berharga RM80.00 atau RM150.00 sekali makan?. Kalau sekali makan berharga RM20.00 maka kita telah melakukan pembaziran wang.
Berdasarkan kenyataan CEO Alam Flora di media Astro Awani baru-baru ini mengatakan makanan yang tidak terjual di bazar ramadhan dan bufet menyumbang kepada penambahan buangan sisa pepejal di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang.
Ini merupakan pembaziran kepada makanan. Berjalanlah di muka bumi dan perhatikan bagaimana manusia yang kekurangan makanan dan sangat-sangat mengharapkan bantuan makanan. Kita di Malaysia makanan dibazirkan dan dibuang.
Tunggulah satu lagi budaya baru masyarakat kota di bulan Syawal nanti, apa lagi kalau bukan "Majlis Rumah Terbuka".
"Pembaziran adalah amalan syaitan".
**Gambar bufet ramadhan hotel-hotel terkemuka di ibukota.
Kuih-Muih |
Ulam-ulaman |
Satay |
Kambing Golek |
menarik
ReplyDeleteTerima kasih.
Delete