WORLD #QURANHOUR DAN SOLUSI KEPADA CABARAN MASA KINI
Program World #QuranHour yang akan berlangsung seluruh Negara pada 30 Mei ini memang amat mulia dan sangat dianjurkan. Pada tahun ini, Surah Al-Kahfi, surah ke 18 dari 114 surah telah dipilih untuk dibaca dan dikupas tentang isinya yang boleh dihubung kait dengan cabaran hari ini. Surah ini mengandungi 110 ayat, yang juga bermaksud "Penghuni-penghuni Gua". Penganjur mengharapkan dengan program ini, orang Islam menjadikan Al Quran sebagai panduan menghadapi zaman yang penuh cabaran. Juga membentuk ummah yang berbudi dan penyayang dalam menangani serta melahirkan solusi terhadap empat cabaran sejagat iaitu keyakinan, harta, ilmu pengetahuan dan kekuasaan. Apakah yang dibaca boleh difahami dan dijadikan sebagai pedoman, petunjuk dan rahmat kepada manusia?. Cuba kita lihat penegasan Allah dalam Surah At Jatsiyah ayat 20 di bawah. "Al Qur'an ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyak...




Comments
Post a Comment