KEMISKINAN BOLEH MEMBAWA KEPADA KEKUFURAN

Definisi miskin boleh dilihat dari dua sudut pandang. Biasa orang hanya merujuk kepada miskin fizikal. Tetapi miskin ilmu lebih teruk kesannya kepada manusia.

Miskin fizikal boleh diertikan sebagai serba kekurangan kepada keperluan untuk hidup. Serba serbi kurang atau tidak ada langsung untuk mengurus kehidupan.

Kekurangan makanan, wang dan harta benda boleh memberi kesan kepada yang mengalaminya.

Kepala sakit, pening memikirkan apa dan bagaimanakah solusi yang boleh diambil untuk keluar dari masalah tersebut.

Sudah tentu apa yang akan dibuat adalah tindakan jangka pendek. Pelbagai kerja dibuat dengan harapan masalah dapat diselesaikan.

Ibarat "Kais pagi, makan pagi. Kais petang belum tentu dapat makan untuk esok".

Situasi ini bukan hanya berlaku di pedalaman atau di kampung yang jauh dari dunia kemodenan, malah lebih teruk di bandar

Miskin bandar merupakan cabaran masa kini. Gaji RM3000 sebulan pun belum tentu cukup untuk keperluan asas diri dan keluarga.

Ansuran atau sewa rumah, pengangkutan pergi dan balik kerja, barang dapur dan perbelanjaan persekolahan anak-anak serta lain-lain keperluan.

Apakah solusi yang boleh dibuat selain bekerja siang dan malam untuk menampung apa yang tidak cukup. Mereka hanya memikirkan bagaimana 'perut' boleh diisi.

Kesannya manusia lupa asal usul dia diciptakan di muka bumi. Lupa kepada tugas dan fungsi diri seperti yang terkandung dalam kitab Allah.

Bagaimana manusia boleh membuat pengabdian kepada Tuhan Semesta Alam jika hanya fokus kepada memenuhi keperluan 'nafsu' mereka?.

Alhamdullillah, jika mereka melakukan kerja-kerja yang tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Bagaimana yang merompak, mencuri, meragut dan berjudi gara-gara berfikir dengan itu sahaja cara yang paling cepat dan mudah bagi mereka.

Syaitan suka membisikkan ke dalam pemikiran manusia yang dalam kemiskinan supaya melakukan perbuatan keji dan maksiat

"Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan; sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui" (Al Baqarah : 268)

Manusia yang miskin ilmu tidak dapat menggunakan akal pemikiran ke arah yang lebih baik bagi mengatasi masalah miskin fizikal.

Dengan ilmu manusia tahu dia harus seimbang dengan kehidupan dunia dan akhirat. Dunia yang dikejar tanpa meninggalkan keperluan masa akhirat nanti.

Keperluan diri, keluarga dan rumah tangga amat penting untuk dipenuhi. Tetapi keperluan kepada ketetapan Tuhan adalah lebih patut diutamakan.

Ketetapan Allah berbentuk wahyu di dalam kitab-kitabNya. Dengan miskin ilmu manusia akan mudah kufur terhadap ayat-ayat yang terkandung dalam kitab.

Memang benar jika dikatakan kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran. Tanpa ilmu yang benar dari Tuhan manusia mudah membuat keputusan mengikut hawa nafsu.

Selalu disebut, bila susah manusia akan lebih ingat kepada Allah. Berdoa siang dan malam minta jalan keluar.

Jika dilihat ayat di atas, "..Dan Allah Maha Luas (kurniaNya).." Boleh bermaksud, rezeki Allah amat luas. Kurnia juga boleh ditakrif kepada ilmu Allah.

Tanpa ilmu, semasa manusia dalam kondisi kemiskinan, akan lebih ke arah berbuat kejahatan. Sedangkan Allah menyuruh manusia sabar dan berusaha tanpa meninggalkan ketetapanNya.

Bagi orang yang mempunyai ilmu, bahawa segala yang berlaku adalah ujian dari Allah. Dia faham bahawa Tuhan sedang mengujinya dengan sedikit kemiskinan dan kesengsaraan.

Adakah dengan sedikit ujian manusia akan kekal beriman atau melupakan terus yang dia ada Allah sebagai penolong seperti dalam Surah Al Fatihah ayat 5.

**Gambar ihsan Google.

Comments

Popular posts from this blog

KAD UCAPAN RAYA, DULU DAN SEKARANG

BUFFET RAMADHAN DI HOTEL, GAYA BARU MASYARAKAT KOTA