SUASANA DI PAGI RAYA
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu telah mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa tahun ini jatuh pada hari Rabu bersamaan 5 Jun 2019.
Anak-anak kegembiraan kerana mulai esok tidak perlu lagi menahan lapar dan dahaga pada siang hari.
15 tahun lepas, di waktu ini saya dan keluarga telah berada di kampung bersama ibu bapa atau keluarga mertua di Johor. Masing-masing sibuk dengan persiapan akhir untuk menyambut rasa esok pagi.
Adik beradik yang merantau masing-masing pulang ke kampung. Riuh rendah rumah atuk dibuatnya kerana gelagat cucu yang berlari ke sana ke mari sambil terjerit-jerit. Pada waktu malam bersusun tidur di ruang tamu kerana bilik tidur tak cukup.
Orang yang paling gembira adalah ibu ayah. Nampak jelas di mukanya tersenyum puas dengan kehadiran anak dan cucu.
Tahun ini, seperti beberapa tahun lepas, tradisi pulang ke kampung tidak dapat diteruskan kerana ada tugasan. Kami sekeluarga memohon maaf sebab tidak dapat bersama ibu ayah dan ahli keluarga yang lain.
Walaupun tidak pulang ke kampung, di pagi hari raya saya akan menelefon keluarga di Johor untuk bertanya khabar dan menyampaikan salam kepada semua.
Anak-anak telah mulai memahami dan menerima situasi ini. Perayaan disambut secara sederhana dengan tujuan tidak menampakkan perbezaan apa yang difahami.
Rendang daging, ketupat segera, kuah lodeh dan ayam resepi khas bonda mertua masih lagi dikekalkan. Kuih-muih yang ada hanya dari 'tunjuk' sahaja.
'Ayam masak turki' menjadi rebutan dipagi hari. Merupakan resepi wajib yang telah diwarisi dari arwah bonda mertua.
Di awal pagi, isteri telah ke dapur untuk menyiapkan makanan kami sekeluarga. Makanan yang sudah dimasak dipanaskan sebelum dihidang di atas meja.
Anak-anak dikejutkan untuk mandi dan memakai baju baru. Bersiap-siap untuk makan pagi dan bermaaf-maafan sebelum berhari raya ke rumah saudara di Bandaraya Melaka Bersejarah.
Bagi yang memandu, berhati-hati di jalan raya. Beringat sebelum kena. Elakkan memandu laju, memotong di laluan yang bahaya dan 'Dont text and drive'.
Jangan menjadi penyumbang kepada peningkatan statistik kemalangan jalan raya tahun ini.

Comments
Post a Comment