KATA-ATA HIKMAH MENTOR : BERADA DI JALAN INI BUKAN UNTUK MENCARI KEKAYAAN TETAPI UNTUK MENCARI KEBENARAN
Kata Mentor, "Berada di jalan ini bukan untuk mencari kekayaan tetapi untuk mencari kebenaran".
Kata-kata yang diucapkan ini masih segar dan melekat diminda saya walaupun ianya telah berlaku beberapa tahun yang lepas.
Kata-kata ini diucapkan di dalam satu sesi keilmuan yang dihadiri oleh orang-orang yang mempunyai tujuan yang sama, iaitu ingin mencari kebenaran.
Bagi menjelaskan kata-kata Mentor itu, pertama kita kena memahami apakah maksud 'Jalan' yang diucapkan oleh beliau.
Definisi jalan mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), pertama ialah sebuah tempat lalu lintas (kenderaan atau manusia) yang dibina daripada batu dan tar, tanah merah dan lain-lain. Kedua ikhtiar; cara; akal. ketiga gerakan (kereta, jarum jam dsb) dan keempat ialah perkembangan sesuatu peristiwa (cerita dan sebagainya).
Jadi definisi yang sesuai diguna pakai ialah definisi yang pertama, iaitu sebuah tempat atau laluan bagi manusia yang dibina dari material yang sesuai untuk kegunaan jalan tersebut.
Jalan yang dimaksudkan oleh mentor tentunya sebuah Jalan Kebenaran yang perlu dilalui oleh semua manusia. Sebuah jalan yang menuju ke sebuah tempat yang damai dan sejahtera yang dibina dengan berlandaskan iman dan takwa.
Manusia hari ini di seluruh dunia yang mempunyai agama pastinya percaya kepada sebuah jalan yang akan menuju ke sebuah tempat yang sejahtera, atau juga dikenali dengan 'Syurga'.
Bagi yang memahami kitab suci Al Quran, Jalan Kebenaran ini telah Allah firmankan di dalam Surah Al fatihah, iatu ayat yang ke enam dan yang ke tujuh.
"Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat".
Orang Islam yang melakukan sholat pastinya memohon kepada Allah S.W.T agar ditunjukki kepada jalan yang benar seperti dalam ayat enam dan tujuh Surah Al Fatihah.
Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang pastinya akan menunjukkan jalan kepada hamba-hambaNya yang memohon doa kepadaNya.
Cuma bagaimana hambaNya memahami maksud firman-friman Allah di dalam Kitab Al Quran itu.
Allah telah memberikan jawapan kepada permohonan hamba-hambaNya seperti dalam Surah An Nisa, ayat 68 dan 69 yang berbunyi;
"dan pasti Kami tunjuki mereka kepada jalan yang lurus. Dan barang siapa yang menaati Allah dan Rasul (Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya".
Berdasarkan ayat 68, pasti Allah akan menunjjukkan jalan yang benar kepada hamba-hambaNya yang mencari Jalan Kebenaran itu.
Manakala dalam ayat 69, Allah memberikan jawapan kepada siapakah yang dimaksudkan dengan orang-orang yang telah dianugerahi nikmat itu seperti di dalam ayat 7 Surah Al Fatihah.
Dengan tunduk patuh kepada Allah dan mengikuti sunnah dan perjuangan para Rasul terdahulu, pastinya hamba-hamba Allah itu akan berada di Jalan Kebenaran sejati.
Jalan Kebenaran sejati ini juga telah diikuti dan dilalui oleh para nabi, para siddiqin, para suhada dan solehin di zaman masing-masing.
Jadi jika merujuk kepada sejarah para Rasul, tiada seorang pun Rasul yang mengumpul kekayaan semasa menegakkan sistem kekuasaaan Allah di Muka Bumi.
Contoh terdekat adalah Muhammad Rasullulah S.A.W.
Muhammad sebelum menjadi rasul adalah dari keturunan bangsawan di Mekah, di mana datuk dan bapa saudara baginda adalah penguasa Kota Mekah. Malah baginda juga adalah seorang ahli perniagaan berjaya dan dipercayai.
Jika diambil contoh hari ini, seorang anak atau cucu jutawan pastinya akan memiliki kekayaan kerana mengikuti jejak langkah ahli keluarganya atau mewarisi kekayaan dari keluarga mereka.
Malah jika ianya diberikan pangkat dan kuasa, pastinya ia akan menggunakan pangkat dan kuasa yang ada padanya untuk memiliki dan mengumpul kekayaan selagi boleh.
Seperti juga Muhammad S.A.W yang pernah ditawarkan harta kekayaan dan kekuasaan oleh bapa saudaranya Abu Jahal, dengan syarat tidak mengajak penduduk Kota Mekah mentauhidkan Allah dan meninggalkan sistem jahiliah.
Jika Muhammad S.A.W menerima tawaran bapa saudaranya, pastinya hari ini kita tidak mengetahui tentang ajaran yang baginda bawa. Mungkin kita masih lagi berada di dalam kegelapan atau kita tidak dapat mengetahui yang mana suatu yang hak dan mana yang batil.
Akan tetapi baginda menolaknya kerana baginda tahu untuk mencapai visi dan misi Allah tidak akan ada kepentingan peribadi walaupun mendapat tentangan dari orang-orang terdekat dengan baginda.
Begitulah juga pesan Mentor kepada pencari Jalan Kebenaran.
Jika kita ingin mencari dan berada di Jalan Kebenaran dan pada masa yang sama kita ada kepentingan peribadi maka nanti kita akan terkeluar dari Jalan Allah ini.
Jalan Kebenaran ini adalah jalan Allah, visi dan misi Allah bukannya visi dan misi kita. Oleh itu jika kita hendak berada di jalan Allah maka kita kena tinggalkan semua kepentingan peribadi kita.
Di Jalan Kebenaran ini kita hanya akan berjumpa dengan perkara yang haq sahaja dan bukan perkara yang batil sebab kita diajak untuk mengEsakan Allah dan menjauhi perkara-perkara yang melampaui batas iaitu hal-hal yang mengikut nafsu kita.
Dengan kata lain, pencari Jalan Kebenaran adalah diperintahkan untuk mengikuti kepentingan idealogi Allah dan meninggalkan kepentingan nafsu semata-mata.

Comments
Post a Comment