SOLUSI KEPADA GEJALA PENYAKIT JIWA
Adakah dengan banyaknya kes buli di jalan raya boleh dikaitkan dengan gejala-gejala seseorang itu mengalami gangguan jiwa?.
Gangguan jiwa boleh juga dikatakan seseorang itu sebenarnya sedang mengalami sakit mental.
Mengikut Kementerian Kesihatan, Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang.
Statistik yang dihasilkan melalui pemantauan penyakit ini di Malaysia pada tahun 1996 mendapati hampir 11.1% daripada golongan dewasa Malaysia dikesan mengalami penyakit mental.
Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan pada 2020 penyakit mental menjadi penyebab kedua tertinggi seseorang boleh hilang upaya.
Gangguan mental boleh disebabkan oleh keturunan, gangguan dalam otak, jangkitan virus, sejarah hidup yang kelam dan juga keadaan sosio ekonomi yang rendah.
Kehidupan di kota yang penuh dengan cabaran telah menyebabkan manusia ibarat binatang ternak yang keluar pagi mencari makan dan pulang ke kandang waktu petang.
Lebih teruk lagi ada yang tidak pulang-pulang kerana menurutkan hawa nafsu yang cinta kepada keindahan dunia.
Siang malam hanya memikirkan bagaimana mahu memenuhi 'perut' mereka.
Manusia akan jadi mudah sensitif apabila cita-cita dan keinginan mencapai sesuatu mengalami kesulitan atau gagal.
Hal remeh temeh pun boleh menjadi 'trigger', kepada tindakan yang tidak waras seperti membunyikan hon kepadanya.
Perubahan yang ke arah negatif kepada pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang boleh dibendung dengan menggunakan wahyu Allah.
Bilamana wahyu Allah dapat mengawal dan menundukkan nafsu manusia, sifat kebinatangan akan terhindar dari dalam diri seseorang.
Bagi kaum lain kepercayaan terhadap agama masing-masing dan nilai-nilai baik yang diterapkan kepada penganutnya boleh menjadi pedoman agar berkelakuan baik kepada semua.
Dengan beriman kepada Allah boleh menjadi penguat kepada akidah seseorang.
Keterikatan kepadaNya boleh menjadikan manusia membawa sifat-sifat Allah dalam dirinya seperti sifat pengasih dan penyayang.
Berkasih sayang sesama manusia akan menghasilkan kehidupan yang harmoni antara kaum di dunia khasnya di Malaysia.
Comments
Post a Comment