Posts

Showing posts from March, 2019

DARI SUDUT PANDANGAN SAYA

DARI SUDUT PANDANGAN SAYA. Saya suka membaca tulisan Faisal Tehrani di freemalaysiatoday.com yang berjudul 'Bossku penyakit latah politik Melayu. Ulasan ilmiah beliau yang menarik dan kritis dengan memberikan contoh bekas wanita pertama Filipina, Imelda Marcos yang pernah menggunakan strategi ini kepada penyokong tegar beliau. Walaupun saya bukan pemerhati politik tetapi berdasarkan perkembangan terkini, budaya latah politik ini telah mula menular di kalangan pengamal politik berkepentingan. Kata-kata 'Malu apa bossku' sering didendangkan di media sosial sehinggakan kanak-kanak yang tidak memahaminya turut mengucapkannya tanpa segan silu. Definisi 'Malu apa bossku' hendaklah dijelaskan dengan betul mengikut kondisi yang sesuai dengan pengucapannya. Malu kenalah ada dan bertempat. Budaya malu dikalangan orang Melayu khususnya amat menebal suatu ketika dulu tetapi semakin terkikis mengikut perubahan zaman.

BUKAN PADA MATERIAL ITU.

Image
BUKAN PADA MATERIAL ITU. Bukan pada harganya yang difikirkan tetapi perbuatan yang berulang itu yang saya risaukan. Bateri kereta terpakai jika diambil dan dijual mungkin bernilai RM30 ke RM50 sahaja. Jadi apalah sangat yang diperolehinya. Gejala ini telah lama berleluasa dan dilakukan tanpa rasa takut. Kalo tidak takut kepada manusia, takutlah kepada Tuhan pencipta kita yang memperhatikan perbuatan kita. Bukan saya sahaja yang menjadi mangsa gejala ini, tetapi ada juga rakan saya menceritakan pengalaman yang sama berlaku kepada mereka. MENCURI adalah perbuatan keji. Mencuri barangan orang lain, mencuri hasil intelek orang lain bahkan mencuri 'wifi' jiran juga adalah perbuatan keji. Nampaknya Pendidikan Agama dan Moral di sekolah belum lagi dapat membendung gejala ini. Mungkin ilmu yang diajar di sekolah belum dapat diserap sepenuhnya. Semua agama di dunia ini menyuruh penganutnya melakukan perkara yang baik dan

PEMBUDAYAAN ILMU YANG BENAR

Image
PEMBUDAYAAN ILMU YANG BENAR Pembudayaan mencari, menerima dan berbahagi ilmu yang benar berdasarkan fakta dan kajian hendaklah mula diterapkan kepada semua peringkat. Walaupun proses ini akan mengambil masa tetapi perlu dimulakan sekarang agar generasi akan datang lebih seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Allah berfirman dalam Surah Al Israa ayat 36, "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan akal, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya." Melakukan sesuatu pekerjaan samada melalui perbuatan atau percakapan hendaklah berdasarkan ilmu, bukannya secara semberono. Perkerjaan tanpa usul periksa akhirnya akan memberi kesan yang tidak baik kepada diri sendiri. Contohnya seorang doktor bertauliah merawat pesakit berdasarkan ilmu yang diperolehi melalui pembelajaran di dalam kelas dan juga latihan di hospital. Sebara

KASIHNYA IBU.

Image
Dilahirkan di Muar pada tanggal 28 Januari 1942 di zaman Jepun sedang meluaskan penjajahannya di Asia Tenggara. Beliau adalah ibu kepada 7 orang anak, 3 lelaki dan 4 perempuan. Seorang yang rajin bekerja dalam membantu membesarkan dan memberikan pendidikan kepada anak-anak. Saya sangat menyayangi dan menghargai beliau kerana kegigihan dan kesabaran beliau melayani kerenah anak-anak dan cucu cicit walaupun sudah berusia 77 tahun. Minggu lepas, ibu saya bertanya kepada adik saya, adakah saya berada di Indonesia kerana waktu tersebut sedang berlaku gempa bumi di Lombok. Kerisauan ibu saya memang ada asasnya kerana kerjaya saya yang sering ke luar negara, mungkin padanya pada waktu itu saya berada di negara tersebut. Hubungan saya dengan ibu tidaklah seberapa rapat berbanding dengan kakak dan adik perempuan saya kerana waktu persekolahan saya kebanyakkan berada di asrama. Pada usia 7 tahun saya telah tinggal bersama saudara kerana jara

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM. Atas Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang. Aku ingin menulis apa yang aku dengar, baca dan lihat. Aku dengar dari pembacaan kitab, membaca buku dan tulisan-tulisan di media. Aku lihat apa yang berlaku di alam semesta, dan dari situlah aku menulis. Semasa menghadiri Kursus Penulisan Kilat, penceramah memulakan sesi dengan kata-kata. Sudahkah anda membaca? Sudahkah anda menulis? Sudahkah anda berbahagi ilmu? Soalan-soalan ini harus dijawab dengan tindakan iaitu membaca, menulis apa yang dibaca dan berbahagi ilmu kepada orang lain melalui penulisan. Fakta-fakta yang akan ditulis adalah hasil dari pembacaan mata kasar dan mata halus penulis. Hasil penulisan saya nanti adalah dari ilmu yang saya perolehi atas nama Tuhan Semesta Alam. Allah Maha berilmu yang telah mengajarkan kepada manusia melalui kitab-kitabNya. Kitab adalah sumber utama penulisan saya selain bacaan dan hasil kajian dari penjelasan dari alam. Oleh itu, olahan penulisan saya na