BUKAN PADA MATERIAL ITU.
BUKAN PADA MATERIAL ITU.
Bukan pada harganya yang difikirkan tetapi perbuatan yang berulang itu yang saya risaukan.
Bateri kereta terpakai jika diambil dan dijual mungkin bernilai RM30 ke RM50 sahaja. Jadi apalah sangat yang diperolehinya.
Gejala ini telah lama berleluasa dan dilakukan tanpa rasa takut. Kalo tidak takut kepada manusia, takutlah kepada Tuhan pencipta kita yang memperhatikan perbuatan kita.
Bukan saya sahaja yang menjadi mangsa gejala ini, tetapi ada juga rakan saya menceritakan pengalaman yang sama berlaku kepada mereka.
MENCURI adalah perbuatan keji.
Mencuri barangan orang lain, mencuri hasil intelek orang lain bahkan mencuri 'wifi' jiran juga adalah perbuatan keji.
Nampaknya Pendidikan Agama dan Moral di sekolah belum lagi dapat membendung gejala ini. Mungkin ilmu yang diajar di sekolah belum dapat diserap sepenuhnya.
Semua agama di dunia ini menyuruh penganutnya melakukan perkara yang baik dan tidak ada satu agama pun yang menggalakkan pengikutnya berbuat jahat.
Ada yang mengaitkannya dengan keadaan ekonomi yang mencabar akhir-akhir ini hingga sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup diri dan keluarga.
Sesusah dan semiskin mana pun kita, tetapi jika pegangan agama dan nilai baik dalam diri kita kuat, tidak akan ada perbuatan keji yang akan dilakukan.
Secanggih mana kenderaan dicipta untuk mengelakkan komponennya dari dicuri, sehebat itulah juga ilmu si pencuri.
Bukan penyelesaian kepada kereta itu yang dicari, tetapi kepada masalah si pencuri itu yang perlu difikirkan.
Perumpamaan menyelesaikan masalah pokok yang menghasilkan buah yang tidak elok.
Bukan dahan pokok itu yang dipotong, supaya tumbuh dahan baru dan mengharapkan buah yang baik, akan tetapi melihat kepada masalah akar pokok tersebut.
Mungkin akar pokok itu telah rosak akibat kurangnya baja atau dirosakkan oleh serangga.
Akar yang kuat dan baik akan menghasilkan buah yang baik.
Begitulah juga perumpamaan kepada manusia. Pegangan agama yang baik akan menghasilkan akidah yang suci bersih.
Dan dari situlah akan terwujud sebuah masyarakat madani yang seimbang dan berbudi pekerti.
**Contoh gejala mencuri bateri kereta.Sumber
Comments
Post a Comment