ALAT PERHUBUNGAN

Hari ini nak cerita pasal alat perhubungan.

Dalam era moden ini boleh dikatakan hampir semua orang mempunyai alat perhubungan terutamanya yang menetap di bandar.

Alat ini pastinya bertujuan menghubungkan dengan sesorang samada jauh atau dekat dan dalam keadaan gembira atau sedih.

Contohnya apabila sesorang itu menerima berita gembira pastinya dia ingin berkongsi kegembiraan tersebut dengan sesorang, terutamanya dengan orang tersayang.

Begitulah sebaliknya.

Dalam hal ini pastinya ada alat yang digunakan untuk berhubung.

Contoh paling mudah dan ramai orang menggunakannya adalah telefon, samada telefon tetap atau mudah alih.

Pernah tak bila kita beli telefon baru, kita minta penjual menerangkan semua fungsi telefon tersebut serta bagaimana menggunakannya?.

Pastinya si penjual akan memberitahu secara asas dan selebihnya diminta merujuk kepada manual yang disediakan oleh pengilang alat tersebut.

Sampai di rumah barulah kita buka manual, baca bahasa yang difahami serta mengikut arahan yang diberikan bagaimana ingin menggunakan alat tersebut.

Untuk permulaan, jika kurang jelas pastinya kita buka dan baca manual tersebut berulang kali atau tanyakan kepada yang pakar.

Begitulah halnya juga jika manusia itu ingin berhubung dengan penciptaNya.

Pertama, pastinya ada 'alat' untuk berhubung.

Soalannya, adakah kita sudah memiliki alat itu?

Atau kita pun tidak tahu apakah alat tersebut tetapi hanya bersangka-sangka.

Kedua, jika sudah memilikinya tahu atau tidak bagaimana ingin menggunakan 'alat' tersebut?

Jika tidak tahu maka alat tersebut hanya sebagai hiasan sebab belum memenuhi tujuan alat itu diturunkan kepada kita.

Untuk apa Allah menurunkan Al Quran jika hanya digunakan untuk satu-satu tujuan, sedangkan ianya boleh menjadi rahmat bagi sekelian alam.

Pasti BESAR tujuan dan fungsi Al Quran diturunkan kepada manusia.

Al Quran adalah alat untuk menghubungkan sesama manusia bagi berhubung dengan Allah.

Kita mengajak manusia memahami petunjuk-petunjuk Allah di dalam kitab, melihat penjelasan-penjelasan dari petunjuk tersebut dan menggunakan akal fikiran kita bagi membezakan yang mana salah dan yang mana benar.

Perumpamaan, jika kita beli telefon mahal dan canggih tetapi tidak digunakan mengikut fungsi dan aplikasi yang disediakan oleh pengilang, buat apa disimpan?, baik dibuang ke laut sahaja.

**Gambar hanya sebagai hiasan.Gambar ni saya ambil di salah sebuah restoran di Interlaken OST, Switzerland. Lihat bagaimana pasangan suami isteri berkongsi keseronokan dengan ahli keluarga di Malaysia.


Comments

Popular posts from this blog

KAD UCAPAN RAYA, DULU DAN SEKARANG

BUFFET RAMADHAN DI HOTEL, GAYA BARU MASYARAKAT KOTA