3000 TAN SAMPAH SEHARI DI KUALA LUMPUR
Memetik kenyataan CEO Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan "Makanan yang tidak dihabiskan atau tidak diusik di bazar-bazar Ramadhan penyumbang utama kepada peningkatan pembuangan sisa pepejal selain plastik dan bekas polistren".
Di bulan ramadhan ini ramai peniaga bermusim yang mengambil kesempatan untuk berniaga bagi menambahkan pendapatan atau mengumpul duit bagi menampung perbelanjaan yang akan meningkat setiap kali sampainya musim lebaran.
Sudah macam tradisi orang akan merancang apa nak dijual sebab mereka berpendapat akan ada peningkatan yang ketara berniaga pada bulan ini. Ada yang bercadang jual kuih-muih, ayam percik, murtabak, air dan sebagainya. Masing-masing berkira apa yang menjadi pilihan pengunjung bazar.
Dari sudut ekonomi rumahtangga memang bagus berniaga pada Bulan Ramadhan ini kerana boleh menyumbang kepada peningkatan kewangan diri dan kuasa beli isi rumah.
Jadi saban tahun peniaga bermusim ini berebut-rebut untuk mendapatkan lesen dari penguasa tempatan. Bagi penganjur bazar atau yang mengeluarkan lesen masa inilah mereka mengambil peluang untuk meningkatkan bayaran tapak.
Baru-baru ini pula media melaporkan bazar di Jalan Raja Kuala Lumpur lengang dan suram kerana kurang peniaga dan pembeli yang datang. Walaupun lesen telah diberikan tetapi masih ramai yang belum memulakan perniagaan atas pelbagai alasan.
Beribu peniaga yang diberikan lesen sementara oleh penguasa tempatan, maka berlakulah peningkatan kepada penjualan juadah makanan. Itu belum termasuk hotel dan restoran yang menawarkan bufet sempena bulan ramadhan ini.

Jika dilihat dari laporan Astro Awani baru-baru ini terdapat peningkatan sehingga 3000 tan pembuangan sisa pepejal sehari termasuk yang disebabkan lebihan makanan tidak terjual. Ianya berlaku terutamanya di bandar-bandar besar Seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang.
Bagus berniaga untuk menambahkan pendapatan terutamanya di bulan ramadhan ini, tetapi yang tidak bagusnya adalah pembaziran yang dilakukan. Jangan hendak sangat mengejar keuntungan sementara tetapi mengabaikan tentang aspek pembaziran.
Semalam saya sempat mengunjungi bazar ramadhan yang berhampiran kediaman saya. Memang banyak juadah yang dijual seperti kuih muih, nasi ambeng, nasi kerabu, ayam percik, satay, pelbagai jenis air dan sebagainya.
Makanan yang dijual memang agak banyak dan saya tidak pasti adakah semuanya habis dijual atau tidak. Tetapi berdasarkan apa yang saya lihat pada tahun-tahun yang lepas memang akan ada lebihan yang tidak terjual.
Statistik Alam Flora mengesahkan berlakunya peningkatan 500 tan sisa buangan pepejal di bulan ramadhan. Bermakna memang berlakunya pembaziran yang besar hasil lebihan makanan tidak terjual di bazar.
Itu hanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bagaimana pula dengan bandar-bandar lain di Malaysia yang tidak dilaporkan, adakah tiadanya pembaziran?. Pastinya ada kerana memang sifat dan sikap manusia yang suka membazir. Membazir itu amalan syaitan kan?.
Sehari 3000 tan, setahun ada 1,095,000 juta tan sampah yang dibuang. Jika tiada satu sistem pelupusan sampah yang berkesan, pastinya kita akan hidup dikelilingi oleh sampah-sampah yang dihasilkan oleh kita sendiri.
Satu hari nanti kita akan berdepan pula dengan pencemaran alam sekitar, penyakit dan juga segala macam bencana hasil tangan-tangan kita sendiri.
Berfikir sebelum buang, elakkan pembaziran dan sayangilah alam sekitar anda.
**Gambar salah satu juadah yang di jual di bazar. Besar gedabak mak oi..satu pun dah cukup kan?.

Comments
Post a Comment