BAB MEMPERKENALKAN DIRI - SIAPA SAYA

Bab memperkenalkan diri di media sosial ini, selalunya saya elakkan sebab kemungkinan bukan semua rakan di muka buku nak tahu tentang latar belakang saya.

Disebabkan saya cuba menceburi bidang baru dalam hidup iaitu ingin belajar menulis dan menjadi penulis, maka salah satu tugasan adalah menulis tentang diri sendiri.

Nama saya Azman Bin Hassan, pengasas dan pemilik Entiti Travel & Tours Sdn Bhd.

Sebelum ini saya tidak merancang pun ke arah memiliki sebuah syarikat pelancongan. Mungkin minat saya yang suka melancong yang memberi dorongan ke arah itu.

Jika dilihat dari segi pendidikan asas, saya belajar di Universiti Malaya (1986 - 1989) di Fakulti Sastera dan Sains Sosial bukannya fakulti pelancongan ( Belum ada lagi waktu itu ).

Di usia 53 tahun ini saya telah menceburi pelbagai bidang kerjaya. Dari seorang guru, wakil takaful dan berniaga sendiri.

Jika saya masih lagi berkhidmat sebagai seorang guru mungkin sekarang ini telah menjadi Pengetua ataupun Penolong Kanan, seperti rakan-rakan saya yang lain.

Tetapi saya hanya berkhidmat selama lebih kurang 6 tahun, pencen pun tak dapat.

Tidak mengapa, jambatan telah dibakar. Bukan rezeki saya dalam bidang pendidikan agaknya.

Kemudian saya menceburi bidang takaful sebagai wakil Takaful Keluarga dan Takaful Am dari 1998 hingga 2012. Bidang kerjaya yang agak lama diceburi.

Membina kerjaya dari kosong hingga mencapai peringkat Pengurus Agensi dengan mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran demi mencapai cita-cita.

Semasa di dalam industri takaful saya telah berjinak-jinak di dalam bidang pelancongan.

Bemula dari mengikuti trip syarikat atas kejayaan yang dicapai hinggalah saya membuka syarikat pelancongan berdaftar.

Syarikat saya menawarkan pakej-pakej di dalam dan luar negara mengikut budget pelanggan.

Pelancongan dalam negara tertumpu kepada pakej pulau-pulau seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Tioman dan Pulau Langkawi.

Bagi pakej ke luar negara, lebih kepada mengikut kehendak pelanggan. Apakah destinasi pilihan dan berapakah budget tergantung kepada keperluan, kemahuan dan kemampuan pelanggan.

Berjalan di muka bumi Allah ini memang disyorkan kepada semua yang mampu.

Tetapi berjalan yang bagaimana.?

Berjalan hanya untuk bercuti, ingin memenuhi kehendak diri sendiri atau ingin menunjukkan kepada rakan-rakan yang kita juga mampu untuk berjalan ke negara orang.

Berjalanlah di muka bumi Allah ini sambil memerhatikan bagaimana penciptaan langit dan bumi dan silih berganti malam dan siang yang mempunyai tanda-tanda bagi orang-oarang yang berakal.

Kita disuruh berjalan sambil melihat tanda-tanda kebesaran Allah di alam semesta ini.

Itulah yang diharapkan dengan izinNya saya dapat berjalan di muka bumi ini dan menulis agar tulisan saya di baca serta menjadi panduan dan pelajaran kepada pembaca.

Ini cerita tentang diri saya.

Ceritakan tentang diri anda pula di ruangan komen saya, yea.

Azman Bin Hassan
Pengasas Entiti Travel & Tours Sdn Bhd.
Fb: Pakej Jomlibur
Fb: Entiti Traveltours
Fb: Pakej Jimat Pulau
Ig : jomlibur
ig ; entiti_traveltours
Pg: Pakej Halal EuroAsia


Comments

Popular posts from this blog

KAD UCAPAN RAYA, DULU DAN SEKARANG

DIMANAKAH KIBLAT KITA?

WORLD #QURANHOUR DAN SOLUSI KEPADA CABARAN MASA KINI