GUNAKANLAH TOPI KELEDER
GUNAKANLAH TOPI KELEDER
Salam Sejahtera kepada semua.
Pagi ini saya ingin berkongsi sedikit tentang kepentingan menggunakan topi keleder bagi penunggang dan pembonceng motosikal.
Kenapa penting sangat menggunakan topi keleder semasa menunggang motosikal walaupun jarak tujuan tidaklah sejauh mana pun.
Orang selalu mengatakan, ala bukan jauh pun dan bukan ada polis pun.
Contoh situasi ini banyak dilihat semasa awal pagi, semasa ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah tanpa menggunakan topi keleder.
Malah ada ibubapa yang membawa 2 hingga 3 orang anak mereka sekali, mungkin mempunyai beberapa orang anak yang masih bersekolah.
Keadaan ini sebenarnya amat membahayakan kerana dengan melalui jalan utama yang banyak kenderaan di awal pagi pasti boleh mengundang kecelakaan.
Kata orang, malang tidak berbau tetapi tindakan tanpa menggunakan topi keleder sebenarnya telah menambahkan kebarangkalian kecederaan di bahagian kepala jika berlaku kemalangan.
Kepala adalah bahagian organ utama bagi manusia kerana di situlah terletaknya otak, telinga dan mata selain mulut serta hidung.
Lihat firman Allah dalam Surah Al-Mulk ayat 23;
"Katakanlah:"Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan Qolbu", (tetapi) amat sedikit kamu bersyukur.
Jelas dalam ayat ini Allah telah menciptakan telinga untuk tujuan pendengaran, mata untuk penglihatan dan Qolbu(akal) untuk berfikir.
Tetapi hanya sedikit yang berterima kasih di atas pemberian Allah itu. Contoh yang mudah seperti yang saya nyatakan di atas tadi.
Kepala kita wajib dijaga dan dipelihara dari sebarang kerosakan luaran dan dalaman kerana di situlah terletaknya pusat kawalan bagi manusia.
Otak atau boleh juga dinamakan Qolbu merupakan pusat pemikiran yang mengawal tingkah laku dan tindakan sesorang itu.
Pancaindera otak manusia bekerjasama dengan telinga dan mata dalam menyalur, memproses serta bertindakbalas atas maklumat yang diterima.
Gabungan tiga pancaindera ini akan menghasilkan satu tindakan atau perbuatan hasil maklumat yang diterima.
Contoh jika telinga kita mendengar bunyi dentuman yang kuat di luar pejabat, pasti kita terfikir apakah bunyi itu.
Tetapi akal kita belum boleh mentafsir tentang kejadian tersebut kerana mata kita belum melihat lagi apa yang berlaku.
Jadi, perlulah dilihat dahulu sebelum akal kita memberikan maklumat tentang apakah punca bunyi tersebut dan bagaimana kita bertindak terhadap maklumat yang diterima.
Banyak lagi contoh-contoh lain yang lebih kritikal yang melibatkan otak dalam melakukan proses membuat keputusan-keputusan penting dalam kehidupan kita.
Contohnya keputusan untuk melanjutkan pelajaran, berkahwin dan juga keputusan memilih mana satu 'Jalan' yang hak dan mana yang batil.
Semua keputusan itu adalah gabungan kerjasama antara ketiga-tiga pancaindera tersebut.
Jika kepala kita cedera pastinya akan ada gangguan kepada otak kita, terutamanya jika kecederaan itu besar.
Gangguan kepada otak boleh memberi kesan kepada tingkah laku manusia dan juga kebolehupayaan manusia membuat keputusan.
Oleh itu marilah kita menjaga dengan baik kepala kita supaya otak kita sehat dan boleh berfikir dengan cerdas.
Cuba kita lihat kenapa Allah ciptakan kepala berada di bahagian atas tubuh badan manusia bukannya di lutut atau di kaki.
Allah itu adil dan Maha Bijaksana, pastinya Dia meletakkan sesuatu mengikut keutamaan dan kepentingan bagi manusia.
Jadi kita sebagai manusia dan juga bagi ibubapa, didiklah diri dan anak-anak tentang kepentingan menjaga kepala dan otak kita.
Lindungi kepala kita dengan menggunakan topi kaleder semasa menunggang atau membonceng motosikal.
Bimbinglah otak kita supaya menerima maklumat-maklumat yang baik-baik sahaja supaya akal kita mudah memberikan arahan kepada organ tubuh badan yang lain.
Didikan kita hari ini akan dapat menyelamatkan generasi di masa hadapan.
Generasi muda adalah aset bagi meneruskan legasi kepada Jalan Kebenaran Sejati.
Comments
Post a Comment