ISU ARAHAN MENANGGUHKAN LAWATAN KE NEGARA SUDAN

Semakin hari semakin berat tugasan menulis ni. Dari yang ringan dan santai kepada yang lebih berat dan serius.

Dari isu-isu semasa berkaitan politik dan ekonomi kepada berita-berita tentang sukan,hiburan dan travel semuanya perlu diberi perhatian.

Di sini saya ingin mengulas tentang isu berkaitan pelancongan iaitu arahan penangguhan perjalanan ke Negara Sudan berikutan krisis rampasan kuasa yang berlaku di negara tersebut.

Walaupun saya belum pernah ke Sudan, pastinya secara geografi kebanyakkan kita tahu di mana negara tersebut.

Terletak di Timur Laut benua Afrika, Sudan hari ini telah terbahagi kepada 2, iaitu Sudan Utara dan Sudan Selatan.

Kemerdekaan Sudan Selatan pada tanggal 9 Julai 2011 adalah disebabkan peperangan saudara yang berlaku sejak tahun 1955.

Krisis politik yang berlaku selama berabad ditambah dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil menyebabkan tercetusnya tunjuk perasaan yang besar dari rakyat.

Kemuncak bantahan rakyat disebabkan kenaikan harga roti yang boleh menaikkan kos sara hidup hiingga menyebabkan Presiden Sudan yang telah memerintah selama 30 tahun, Omar Al Bashir digulingkan.

Dilihat dari segi pelancongan, Sudan yang juga sebuah negara islam mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk di lawati.

Dari tinggalan tapak-tapak purbakala seperti Piramid Meroe, Taman Negara Sanganeb hingga kepada mercu tanda di ibu kota Khartoum seperti Masjid Al Kabir dan Istana Presiden.

Kerajaan Malaysia, melalui Wisma Putra, bertarikh 12 April 2019 telah mengeluarkan kenyataan akhbar yang menyarankan supaya menangguhkan perjalanan ke Sudan.

Wisma Putra sebelum ini juga telah mengeluarkan beberapa arahan supaya menangguhkan lawatan, seperti ke Indonesia akibat letusan gunung berapi dan gempa bumi.

Sebenarnya peringatan supaya berhati-hati kepada pelancong-pelancong yang ingin ke Sudan sudah lama disiarkan di laman sesawang berkaitan.

World-guide.com yang dikemaskini bertarikh 7 Jun 2016 telah mengingatkan tentang situasi di sempadan selatan Sudan yang masih belum stabil dan elakkan melawat selatan Kordofan.

Kestabilan politik, ekonomi dan sosial sesebuah negara adalah hasil dari bagaimana pemimpin negara itu menjalankan urustadbirnya.

Sesorang pemimpin hendaklah jujur dalam pentadbirannya, tidak mengamalkan nilai-nilai negatif seperti melakukan rasuah.

Seorang pemimpin hendaklah adil dan berintigriti serta bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya.

Pembangunan dan perkembangan sektor pelancongan amat bergantung kepada kestabilan politik dan ekonomi sesebuah negara.

Larangan untuk melancong ke sesebuah negara akan menjejaskan pendapatan kepada negara dan juga memberikan pandangan yang tidak baik dari masyarakat antarabangsa.

Contohnya seperti Amerika Syarikat memberikan indikasi 'K' kepada Malaysia.

Indikasi ini memberikan tanggapan bahawa Malaysia, khususnya kawasan di Timur sabah masih tidak selamat untuk dikunjungi.

Kesannya, ramai pelancong terutamanya penyelam bimbang untuk datang sekaligus menjejaskan pendapatan kepada penduduk di kawasan tersebut.

**Gambar Pulau Sipadan.


Comments

Popular posts from this blog

KAD UCAPAN RAYA, DULU DAN SEKARANG

DIMANAKAH KIBLAT KITA?

WORLD #QURANHOUR DAN SOLUSI KEPADA CABARAN MASA KINI