SUKAN KEGEMARAN - GOLF

SUKAN GOLF

Golf pada awalnya bukan sukan yang saya gemari kerana pada waktu itu saya bertanggapan sukan ini hanya untuk golongan tertentu sahaja.

Saya mula menceburi sukan golf pada awal tahun 2000 sewaktu saya menjadi wakil takaful.

Pada waktu itu, ada yang mengatakan untuk mendapatkan temujanji dengan ahli perniagaan atau berjumpa 'Big Fish', kenalah pandai bermain golf.

Kenapa saya kata pada awalnya saya tidak gemari sukan golf ini.

Bayangkan harga untuk satu set golf boleh menjangkau RM5000.00, belum termasuk pakaian dan peralatan aksesori yang lain.

Tetapi sejak menceburi bidang takaful dan dakyah kuat dari sahabat-sahabat seperniagaan, bermulalah episod saya berkecimpung di dalam sukan 'elit' tersebut.

Sejak mula mengenal sukan golf, saya mula memahami kelebihan dan kebaikan sukan ini kepada saya.

Golf bukan sejenis sukan yang perlu menandingi lawan kita untuk menang seperti sukan tenis atau badminton.

Tetapi golf adalah satu sukan yang mana sebenarnya kita bertanding dengan diri kita sendiri.

Dari mula permainan hinggalah kepada lubang terakhir, ianya hanya berkisar bagaimana kita mengatasi kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

Pelajaran yang saya perolehi dari sukan ini ialah, pertama adalah fokus. Kita kena fokus kepada apa matlamat yang hendak kita capai.

Contohnya jika kita ingin mendapatkan pukulan 'birdie' bagi lubang 'par' 3, kita kena letakkan bola berhampiran lubang (hole) pada pukulan pertama.

Jadi semua faktor kena diambil kira seperti jarak lubang dari kotak memukul atau 'tee box', lubang berada di bahagian sebelah mana 'green', menaiki atau menuruni bukit dan juga arah angin.

Kedua adalah membuat pilihan yang tepat. Kesalahan memilih 'club' yang betul akan menyebabkan pukulan kita tidak akan sampai atau terlebih dari sasaran.

Hasilnya matlamat yang hendak dicapai akan tersasar atau tidak akan berjaya sama sekali.

Keyakinan pada diri merupakan faktor ketiga bagi sukan ini.

Rasa yakin kepada pukulan yang akan dibuat boleh menepati sasaran yang dirancang tadi amat perlu. Jika kita was-was ada kemungkinan pukulan kita tidak akan berjaya.

'Practice make perfect' adalah kunci utama kepada sukan ini.

Tanpa latihan yang betul dan bersungguh-sungguh, sukan ini hanya akan jadi sebuah sukan yang hanya dilakukan untuk memenuhi masa lapang.

Sebab tidak ada apa yang dapat dipelajari dari sukan ini sedangkan banyak kebaikkan yang boleh diambil.

Sejarah penglibatan saya di dalam sukan ini berada pada tahap tertinggi bila saya dapat melakukan pukulan selubang atau dinamakan 'hole in one'.

Pukulan itu saya lakukan di Kelab Golf IoI Palm Garden Putrajaya sekitar July 2006.

Pada waktu saya aktif bermain golf, Tiger Wood saya jadikan ikon sukan ini hinggalah sekarang.

Sekarang saya telah tidak aktif di dalam sukan ini, hanya sekali sekala jika ada jemputan atau membawa pelabggan saya bermain golf di luar negara.

**Sijil pengiktirafan atas kejayaan melakukan pukulan selubang.

Comments

Popular posts from this blog

WORLD #QURANHOUR DAN SOLUSI KEPADA CABARAN MASA KINI

KEMISKINAN BOLEH MEMBAWA KEPADA KEKUFURAN