BULAN MANUSIA KEMBALI KEPADA AL QURAN DAN MASJID
Alhamdullilah penuh masjid semasa shalat terawih malam tadi. Setiap kali sampainya bulan ramadhan pasti masjid akan dipenuhi orang untuk shalat terawih terutamanya 10 malam pertama.
Orang Islam pastinya tertunggu-tunggu bulan yang mulia ini kerana dibulan ini mereka dapat melakukan ibadah yang hanya dapat dikerjakan setahun sekali iaitu shalat terawih dan tadarus Al Quran.
Dengan niat mengumpul ganjaran (pahala) bagi menjadi bekalan di akhirat nanti, menjadikan orang islam meninggalkan sebahagian rutin harian pada waktu malam sebelum ini kepada menumpukan ibadah yang telah dilakukan sejak turun temurun.
Bulan Ramadhan adalah bulan rahmat bagi manusia keseluruhannya. Di dalam bulan ini Allah turunkan Al Quran pada 17 Ramadhan yang menjadi pedoman dan petunjuk kepada manusia, bukan hanya kepada orang yang mengaku menganut agama islam.
Di dalam Surah At Jathiyah, ayat 20 Allah menjelaskan "Kitab (Al Quran) ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini".
Jadi sebenarnya kitab Al Quran ini sepatutnya menjadi panduan dan petunjuk kepada semua manusia tidak kira apa warna kulitnya, berada di mana dan bagaimana kefahamannya tentang sesuatu idelogi.
Walau bagaimanapun diakhir ayat tersebut Allah menegaskan, yang (kitab) Al Quran itu hanya boleh menjadi pedoman, panduan, petunjuk dan rahmat kepada kaum yang menyakininya sahaja.
Bagi kaum yang tidak ingin meyakini dan mempercayai wahyu-wahyu Allah, ianya tidak akan menjadi apa-apa bagi mereka. Jika dibaca setiap malam dengan bunyi yang sedap didengar pun tidak akan memberikan makna kepada perbuatan itu.
Manusia sebenarnya terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa dimana setiap dari kaum itu Allah utuskan Rasul bersama kitab masing-masing sebagai petunjuk bagi menyampaikan ajaranNya serta membimbing mereka kepada Jalan Kebenaran.
Rasul Nuh dengan kaumnya, Rasul Ibrahim dengan kaumnya dan begitulah juga dengan Rasul Musa dan Rasul Isa. Setiap rasul, masing-masing mempunyai kitab dan kaum yang meyakini ajaran para rasul tersebut.
Begitu juga dengan apa yang dilakukan oleh Rasul Muhammad pada zamannya yang telah diberikan Al Quran sebagai petunjuk untuk kaumnya.
Ajaran yang dibawa sejak zaman Rasul Muhammad dan kemudian diteruskan pada zaman sistem kekhalifahan telah berubah menjadi amalan-amalan yang berbentuk ritual sahaja, terutamanya sejak kejatuhan sistem khilafah.
Contohnya manakah yang lebih bagus, membaca Al Quran dengan cepat tanpa memahami makna ayat yang dibaca atau baca perlahan-lahan dan tahu, meyakini serta melaksanakan perintah dan larangan ayat tersebut?.
Saya tidak mengatakan tadarus Al Quran yang pembacanya membaca dengan cepat-cepat, 1 juzuk 1 malam itu salah. Tetapi manakah yang lebih afdal?.
Kenapa perlu berebut-rebut nak khatam Al Quran di bulan Ramadhan?. Adakah dibulan Muharam dan Safar tidak boleh membaca dan memahami Al Quran?. Adakah Allah turunkan Al Quran hanya untuk dilaksanakan pada bulan-bulan tertentu?.
Begitulah juga dengan amalan memenuhi masjid-masjid, yang boleh dilihat perbezaannya di bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain. Biasanya minggu pertama Ramadhan orang yang hadir sangatlah ramai hinggakan ada yang kena bershalat di luar bangunan masjid.
Tetapi dibulan-bulan lain seperti Rejab dan Syaaban, nak dapatkan sebaris saf pun susah. Silap haribulan hanya ada imam dan bilal berdua sahaja.
Adakah amalan di zaman Rasul Muhammad bermusim seperti yang berlaku sekarang?. Adakah umat pada waktu adanya Rasul Muhammad melakukan ibadah berbeza dengan apa yang dilakukan oleh umat islam hari ini?.
Banyak persoalan-persoalan timbul terutamanya kepada mereka yang mengkaji dan menggunakan akal pemikiran mereka melihat ajaran sebenar yang dibawa oleh para rasul terdahulu dengan apa yang dilakukan umat islam hari ini.
Nampak seperti terdapatnya perbezaan amalan antara umat dahulu dan sekarang.
Di sini, bukan perbezaan itu yang dicari tetapi bagaimanakah kita dapat menjelaskan dan memberi kefahaman kepada manusia hari ini tentang apakah bentuk pengabdian yang telah Allah wariskan kepada rasul terdahulu.
Dengan berpegang kepada Al Quran dan mencontohi pengabdian rasul terdahulu, pastinya manusia itu tidak akan tersesat selamanya.
Mengikut kefahaman saya amalan membaca dan memahami Al Quran bukan hanya patut dilakukan pada bulan Ramadhan tetapi juga pada bulan yang lain. Biarlah pengabdian kita itu istiqamah (konsisten) sepanjang tahun dan bukannya bermusim.
Begitu juga dengan melakukan shalat secara berjemaah di masjid-masjid hendaklah dijadikan pegangan dan amalan secara istiqamah juga. Apabila diseru, tinggalkanlah jual beli atau apa sahaja pekerjaan yang sedang dibuat.
Semoga pengabdian yang kita lakukan nanti akan mendapat keridhaan dari Allah yang Maha Agong.
Ameen.
**Gambar sekadar hiasan

![]() |
| Sampai keluar masjid orang berterawih |

Comments
Post a Comment