MENJAGA KEBERSIHAN ALAM TANGGUNGJAWAB SEMUA
Ada beberapa sebab kenapa larangan merokok di restoran seperti tidak diambil peduli.
1. Sikap perokok yang seperti buta mata dan buta akal. Saya tidak kecam anda ingin merokok sebab itu hak anda, tetapi kami yang tidak merokok juga ada hak.
Merokoklah sepuas-puasnya di tempat yang disediakan atau jauh sedikit dari restoran, bukannya bahagian dalam. Sebab anda menganggu kesejahteraan pelanggan lain.
2. Pemilik atau pekerja restoran yang hanya pandang sebelah mata sebab jika menegur mereka bimbang akan kehilangan customer.
Kesannya maka dibiarkan sahaja sesiapa yang merokok. Dan yang lebih parah, jika perokok lain lihat ada yang merokok lalu mereka pun ikut sama.
3. Sikap pelanggan lain ( yang tidak merokok ), membiarkan sahaja perlakuan perokok sebab mereka berpandangan bila ditegur nanti akan menimbulkan isu lain.
Akhirnya mereka membiarkan dirinya tidak selesa sepanjang berada di restoran tersebut kerana dengan terpaksa rela menghidu asap rokok.
4. Pihak penguasa tempatan yang memandang isu merokok ini hanya kecil berbanding masalah peniaga tanpa lesen atau penduduk yang culas membayar cukai.
Ada penguasa tempatan berpendapat penguatkuasaan larangan merokok bukan tugas mereka tetapi tanggungjawab kementerian yang memperkenalkan larangan tersebut.
5. Kementerian yang bertanggungjawab memperkenalkan larangan merokok sepatutnya memikirkan plan yang lebih proaktif bagaimana menangani isu seperti ini.
Memang cadangan itu bagus, tetapi tanpa kajian menyeluruh, dalam jangka panjang nanti hanya akan tinggal tampalan papan tanda di dinding restoran tanpa makna.
Penguatkuasaan dan hukuman mungkin langkah wajar supaya larangan ini dipatuhi. Pendapat saya hukuman adalah langkah terakhir yang boleh diambil.
Apa yang perlu difikirkan dan diambil pendekatan adalah memberikan pendidikan kesedaran kepada pelbagai peringkat golongan.
Kempen-kempen tentang kepentingan kenapa merokok itu tidak memberikan apa-apa faedah kepada Kesihatan, ekonomi dan masyarakat perlu dipergiatkan lagi.
Pihak berkaitan dan berkepentingan harus melihat golongan mana yang perlu diberikan tumpuan dan penekanan supaya matlamat tercapai.
Kita janganlah hanya seronok untuk membuat peraturan yang sama dengannya seperti 'Larangan Membuang Sampah Di sini' tanpa disusuli dengan langkah konkrit bagaimana semua pihak dapat terlibat menjayakannya.
Semua ini boleh berjaya jika dimulai dari diri sendiri. Diri adalah pihak yang memainkan peranan utama dalam menjayakan segala aturan dan ketetapan.
Jika masing-masing faham fungsi diri adalah tidak susah untuk memperkenalkan apa jua langkah yang membawa kebaikan kepada diri, masyarakat dan negara.
**Gambar salah satu sikap masyarakat peniaga

Comments
Post a Comment