DUIT RAYA KEPERLUAN ATAU IKUTAN
"Ayah, tahun ni ada duit raya tak?" tanya anak bongsu berumur 11 tahun.
Anak zaman sekarang ni bila dah dekat Syawal asyik bertanya tentang duit raya. Untuk apa pun tidak pasti tetapi mungkin mereka sudah mempunyai perancangan.
Dulu masa kecil, setiap hari akan kira berapa jumlah yang dapat. Masa tidur pun dibawa sekali duit tersebut sebab takut hilang.
Sebenarnya bukan kanak-kanak sahaja yang mahukannya, orang dewasa pun mengharapkan diberikan 'duit raya' ini.
Kakitangan kerajaan, swasta, peneroka dan pekerja masing-masing mengharapkan kerajaan atau majikan memberikan imbuhan sempena kedatangan Syawal ini.
Nampaknya bukan ibu bapa sahaja yang pening memikirkan hal ini tetapi kerajaan juga terpaksa akur kepada desakan pihak tertentu.
Anak-anak jika tidak diberikan akan merungut dan berkata ibu bapa 'kedekut'. Sampai hujung Syawal diungkitnya.
Jika diberikan RM5.00 seorang, ada pula yang mengeluarkan kata-kata sinis. "kalau setakat ni baik tak payah bagi". Serba salah ibu bapa dibuatnya.
Begitulah juga dengan majikan dan kerajaan. Tidak diberi dikatakan 'khianat' dan 'menganaktirikan' mereka serta mengancam untuk tidak menyokong dasar-dasar yang dibuat.
Bila dimaklumkan jumlah yang akan diberikan, ada pula yang merungut kerana jumlahnya sedikit dan tidak mencukupi untuk persediaan hari raya.
Persoalannya, adakah pemberian 'duit raya' ini satu keperluan atau ikutan?
Dulu ianya lebih kepada pemberian ikhlas berupa 'hadiah' di atas kejayaan berpuasa selama sebulan.
Hari ini anak-anak mengharapkannya sebagai 'modal' untuk membeli sesuatu yang dihajatkan.
Jumlah 'duit raya' yang diberikan juga menjadi isu terutama kepada mereka yang mempunyai anak serta saudara mara yang ramai.
Di kalangan netizen, isu ini telah lama diperbincangkan terutamanya perlu atau tidak diberikan dengan satu jumlah minima yang ditetapkan berdasarkan situasi hari ini.
Ada yang kata RM5.00 tidak wajar berdasarkan situasi ekonomi sekarang. Sekurang-kurangnya RM10.00 atau RM50.00 seorang. Jikalau ada 10 orang anak sudah berapa jumlah yang perlu disediakan, belum termasuk saudara mara.
Budaya "Tak apa, biar papa asal bergaya" sudah tidak relevan lagi diamalkan.
Kebiasaan yang boleh menghancurkan keluarga dan bangsa sudah patut digantikan dengan sesuatu yang lebih baik seperti berjimat cermat.
Seperti kisah Nabi Yusof mentafsir mimpi raja berkenaan 7 ekor sapi betina yang gemuk dimakan oleh 7 ekor sapi yang kurus dan 7 bulir gandum hijau dengan 7 bulir gandum kering.
Amalan berjimat cermat adalah digalakkan, menyimpan semasa diberi rezeki yang luas oleh Allah bagi mengimbangi waktu-waktu sukar.
Budaya pemberian 'duit raya' ini jika tidak ditangani dengan bijaksana akan memberikan kesan kepada generasi akan datang.
Mereka akan menganggap pemberian 'duit raya' bukan lagi budaya tetapi sudah menjadi satu 'kewajipan'.
Menjadi kewajipan kepada ibu bapa atau majikan atau kerajaan untuk memberikan dalam satu jumlah yang wajar. Jika tidak akan menjadi punca kepada masalah keharmonian keluarga dan negara.
Tindakan ini juga boleh menjadi beban kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Ini kerana masih banyak perkara utama yang perlu diselesaikan sebelum, semasa dan selepas hari raya berbanding isu ini.
Hari raya adalah waktu menziarahi ahli keluarga dan sahabat handai. Bermaaf-maafan atas kesalahan dan kesilapan yang telah dibuat sebelum ini. Bukannya waktu untuk meminta-minta.
Jika kita ingin mengecapi keharmonian dan kesejahteraan jangka panjang, didiklah anak-anak dan remaja dengan ilmu yang benar. Tanamkan dalam akal fikiran mereka dengan nilai-nilai yang baik.
Semoga Hari raya yang akan datang merupakan 'Hari Raya' yang memang kita tunggukan selama ini.

Comments
Post a Comment