"KAMU ADALAH MATAHARI DUNIA"

Manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan makhluk ciptaan Allah yang lain amat memerlukan cahaya matahari untuk kelangsungan hidup.

Matahari adalah pusat yang mengatur satu sistem di Galaksi Bima Sakti. Ianya merupakan penciptaan Tuhan yang Maha Agung.

Manusia jarang sekali membicarakan ciri-ciri matahari itu tetapi lebih fokus kepada fungsinya. Mereka tidak mempersoalkan pun tentang saiznya.

Apa yang manusia peduli dia terbit dari timur dan terbenam di barat. Kalau sebaliknya sudah pasti menjadi satu 'malapetaka' kerana bertanggapan Kiamat sudah tiba.

Selain itu manusia sangat memerlukan cahaya matahari sebagai sumber tenaga utama menerangi bumi, memberi Vitamin D dan mengeringkan pakaian.

Binatang dan tumbuhan juga tidak mempersoalkan bagaimana sistem suria terbentuk tetapi yang diperlukan adalah cahaya itu untuk mereka hidup.

Ada banyak lagi fungsi cahaya matahari yang Allah ciptakan, samada yang telah dikaji dan yang masih misteri.

Saya teringat kata-kata Mentor yang diucapkan pada Mac 2013, "Kamu adalah 'Matahari dunia' yang telah dinantikan oleh dunia".

Apakah kaitan manusia sebagai 'Matahari dunia'?.

Dilihat dari fungsi matahari sebagai pemberi cahaya, boleh diumpamakan juga sebagai 'penyuluh' hidup manusia yang dalam kegelapan.

Mereka yang mempunyai 'cahaya' atau ilmu boleh menjadi pembimbing kepada yang 'ummi'.

Ibarat orang celik menunjukkan jalan kepada orang buta. Kan lebih mudah berjalan, tidaklah terlanggar tiang, terjatuh atau tersesat.

"Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji". ( Surah Ibrahim :1)

Apa yang boleh dijelaskan dari ayat di atas ialah Allah menyeru manusia yang mempunyai ilmu (cahaya) agar dapat memberikan bimbingan kepada manusia yang tidak mempunyai pengetahuan (gelap gulita).



Dari mana sumber 'cahaya' tersebut itu datang?.

Tentunya dari kitab-kitab Allah yang di dalamnya mengandungi Ruhul Qudus sebagai 'cahaya' menjadi pedoman dan petunjuk dalam kehidupan manusia di bumi.

Jelas, Allah menurunkan kitab supaya manusia yang diberi ilmu menggunakan wahyuNya untuk membimbing yang lain kepada jalan yang terang dan jelas.

Pedoman dan petunjuk kepada manusia hanya selepas menggunakan pancaindera pendengaran, penglihatan dan akal fikiran.

Akal pemikiran yang boleh membezakan antara yang benar dengan yang salah.

Baca kitab, fahami makna atau esensi (berkaitan perkara pokok) dan bertindak mengikut aturan yang ditetapkan, barulah memberikan hasil.

Jika dipinjam ilmu yang diberikan Allah kepada Pakar Motivasi terkemuka, Dr Azizan Osman. Beliau selalu menekankan tentang "Ilmu, Mentor, Sistem dan Tindakan".

Nak berjaya kena ada Ilmu.
Untuk ilmu yang benar kena ada Mentor, tidak ada mentor boleh sesat.
Ada ilmu dan Mentor tetapi tidak mahu ikut Fitrah (Sistem) tidak akan kekal di atas di jalan tersebut.
Jika semua sudah ada tetapi tiada tindakan, maka sia-sia kerana tidak ada hasil.

Samalah juga jika sudah ada Ilmu tentang penulisan, jom mulakan penulisan yang pendek, ringan dan santai dulu.

Pada pemahaman kita ilmu yang ada amat sedikit, tetapi bagi mereka yang tidak berilmu perkongsian kita amat dihargai kerana suatu ilmu baru.





Comments

Popular posts from this blog

KAD UCAPAN RAYA, DULU DAN SEKARANG

BUFFET RAMADHAN DI HOTEL, GAYA BARU MASYARAKAT KOTA