KONSEP BERHARI RAYA , KEFAHAMAN DULU DAN SEKARANG
Menjelma lebaran hari yang mulia
Insan yang beriman menyambut harinya
Bukti kemenangan beramallah taqwa
Setelah sebulan kita berpuasa
Menahan ujian berlapar dahaga
Tibalah saatnya kita merayakan
Aidilfitri mulia membawa harapan
Antara lirik lagu "Pengertian Di Hari Raya" nyanyian Uji Rashid dan Hail Amir.
Lagu raya berkumandang di radio, drama raya berselang-seli tiap hari di televisyen. Sana sini orang bercakap pasal raya tak kira tua atau muda.
Dari segi bahasa Aidilfitri adalah hari raya bagi orang Muslim yang disambut pada 1 Syawal setiap Tahun Hijrah. Sambutan ini sempena kemenangan menahan diri dengan berpuasa dibulan Ramadan.
Tradisi balik kampung yang sejak dulu diamalkan adalah satu yang baik. Bagi yang berkelapangan tradisi balik kampung boleh juga dilakukan di bulan-bulan yang lain.
Bagi orang dewasa menyambut Aidilfitri diisi dengan bermaaf-maafan sesama muslim serta menziarahi ahli keluarga jauh dan dekat.
Kanak-kanak pula lebih seronok kerana selain mendapat pakaian baru mereka juga dapat berjumpa sahabat handai dan saudara-mara semasa ziarahi-menziarahi.
Di beberapa daerah di Johor, seperti Muar sehingga hari ini amalan 'Marhaban' dari rumah ke rumah masih lagi dilakukan. Ianya dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama penduduk.
(Kredit front Desk)
Konsep berhari raya hari ini agak berbeza. Sebahagian masyarakat yang memahami makna sebenar Aidilfitri tidak lagi menyambutnya seperti dulu.
Aidilfitri dalam bahasa bermakna 'kembali kepada fitrah'. Kembali kepada ketetapan yang menjadi tradisi sejak zaman Adam A.S
Amalan kini, sewaktu bulan Ramadan berlumba-lumba membuat ibadah seperti Solat Terawih, Tadarus dan bersedekah. Dengan kefahaman mengumpul pahala untuk hari akhirat (kebangkitan).
Akan tetapi apabila masuk bulan Syawal banyak amalan dilihat tidak mengikut sunnah pun.
Beli baju baru, tukar kereta baru, 'gadget' baru, peralatan rumah baru, sediakan pelbagai kuih muih. Selain itu, antara isu yang hangat adalah pemberian 'duit raya'.
Sedangkan jika dilihat kepada Sunnah rasul-rasul terdahulu menyambut Syawal dengan bertakbir. Mengucapkan puji-pujian hanya kepada Allah yang Maha Besar.
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
(Allah Maha Besar Allah Maha Besar Allah Maha Besar)
Laa ilaaha illallahu wallahu akbar
(Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar)
Allaahu akbar walillaahil hamd’
(Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian)
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
(Allah Maha Besar Allah Maha Besar Allah Maha Besar)
Allahu akbar kabiiraa
(Allah Maha Besar sebesar-besarnya)
Walhamdulillaahi katsiiraa
(Dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya)
Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa
(Dan Maha Suci Allah pagi dan petang)
Laa ilaaha illallallahu
(Tidak ada Tuhan melainkan Allah)
walaa na’budu illaa iyyaahu
(kami tidak mengabdi kecuali kepada-Nya)
mukhlishiina lahuddiin
(dengan ikhlas untuk deen (Islam))
Walau karihal kaafiruun
(walaupun dibenci oleh orang kafir)
Laa ilaaha illallallahu wahdah
(Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa)
sadaqa wa’dah
(yang benar janji-Nya)
wanashara ‘abdah
(dan yang menolong hamba-Nya)
wa a’azza jundahu
(dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (pejuang Muslimin))
wahazamal ahzaaba wahdah
(dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya)
Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar
(Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar)
Allaahu akbar walillaahil hamd’
(Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian)
Menceritakan tentang janji Allah yang memenangkan pejuang-pejuang dalam menegakkan deenNya.
Apa pula kaitannya dengan berpuasa selama sebulan seperti lirik lagu di atas?. Adakah pejuang-pejuang Allah yang memenangkan deenNya menahan lapar dan dahaga (berpuasa) hanya sebulan?.
Banyak penjelasan yang boleh dikongsikan secara ilmiah kepada masyarakat berkenaan makna Syawal sebenar. Supaya dengannya boleh diwariskan kepada generasi penerus.
Bagi yang mempunyai ilmu, inilah waktu yang sesuai untuk berkongsi tentangnya. Pulang ke kampung dan bersilaturahim bersama ahli keluarga. Lakukan dengan berhemah, 'Slowly but surely'.
Tugas besar bagi yang berilmu untuk mengubah persepsi kefahaman nenek moyang yang telah menebal sejak 'zaman kegelapan'.
Comments
Post a Comment