MENDIDIK MELALUI PENULISAN YANG KRITIS


Nak cerita kat sini satu situasi di lampu isyarat pagi tadi. Kalau tak tulis takut lupa pulak nanti.

Bukan mudah untuk menjadi seorang Ghostwriter (penulis upahan). Mesti melatih diri 10 ke 20 minit sehari dengan menulis.
"Alah Bisa Tegal Biasa"
Nampak seorang pakcik ni naik motosikal dengan membonceng anak untuk dihantar ke tadika islam mana tak pasti.
Kenapa saya agak ke tadika islam, sebab pakai songkok putih yang bersulam logo Jakim, berbaju warna hijau, seperti uniform.
Jika dah namanya budak-budak, pakai bag ada gambar superman lagi tu.
Bila saya lihat dia dan senyum, dia balas balik dengan senyuman. Comel nampaknya.
Tidak sempat merakam gambar kerana baru jer nak ambil phone, lampu sudah bertukar warna.

Gambar Hiasan

Senyuman saya kepadanya ada pelbagai makna. Saya nak senyum kepada ayahnya tapi tak boleh sebab dia sedang memandang ke depan.
1. Persoalan dalam hati saya, kenapa ayahnya tidak mengajarkan kepada dia memakai helmet.
2. Anak kecil itu tahu tak statistik kemalangan melibatkan motosikal di Malaysia tinggi?
3. Adakah anak itu tahu apakah kesan kepada anggota badannya terutama di bahagian kepala jika dia jatuh tanpa ada pelindung di kepala. Adakah songkok boleh melindungi kepala dia?
Kalau lah anak itu tahu statistik PDRM tentang kemalangan maut seperti yang dilaporkan oleh Bernama, tentu dia pesan kat ayah dia suruh belikan helmet untuknya.
2017 sahaja, mengikut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, statistik kematian akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh Januari hingga September 2017, melibatkan 5,083 kematian.
Daripada jumlah itu, sebanyak 1,077 kematian direkodkan melibatkan pelajar sekolah berusia di antara 6 hingga 20 tahun. Manakala cedera parah seramai 1,150 orang dan 1,675 orang cedera ringan.
Selain itu, dalam tempoh sama kematian melibatkan penunggang motosikal berumur 16 hingga 25 tahun adalah sebanyak 1,043 kes.
Anak itu masih muda dan jauh lagi perjalanan hidupnya. Akan ada yang kata, ajal maut di tangan Tuhan, betul, saya tidak menafikannya.
Sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
"Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih , ibu bapalah yang menjadikan mereka sebagai Yahudi, Nasrani atau Majusi".

Gambar Hiasan


Maksud hadis tersebut jika dikaitkan dengan anak ini tadi adalah atas tanggungjawab ibu bapa la memberikan pendidikan dan kefahaman kepada anak-anak.
Sebab anak itu belum bisa menggunakan akal pemikirannya yang kritis, berfikir sambil menimbang baik buruknya sesuatu perbuatan itu.
Untuk berfikir secara kritis, organ utama yang terlibat adalah kepala kerana di dalamnya ada otak yang menjadi pusat pemikiran.
Jikalau kepala dan otak sudah cedera, pastinya memberi kesan kepada proses seseorang itu berfikir dan bertindak.
Sebagai Ibu bapa yang makan garam dulu, sudah banyak pengalaman dan ilmu, berilah bimbingan dan didikan yang benar kepada anak-anak.

Gambar Hiasan

Bimbingan dan didikan bukan hanya di sekolah tetapi juga di rumah, di dalam kereta, di atas jalan raya dan di mana sahaja.
"Katakanlah: "Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)".(Al-Kahfi : 109)
Ilmu tentang kebenaran itu luas dan banyak jika ingin ditulis. Tetapi kita tidak disuruh untuk tidak menulis atau berhenti dari menulis.
Dengan penulisan bisa membimbing dan mendidik. Ada ilmu diperolehi dari mendengar, dari pembacaan dan juga pemikiran yang kritis tadi.
Jika kita tidak menulis, bagaimana orang mahu membaca dan mendapatkan ilmu tentang sesuatu.
Jadi, jangan berhenti membaca, menulis dan berkongsi pemikiran kritis anda. Dengan ini ilmu akan terus berkembang.














Comments

Popular posts from this blog

KAD UCAPAN RAYA, DULU DAN SEKARANG

BUFFET RAMADHAN DI HOTEL, GAYA BARU MASYARAKAT KOTA