NENEK MOYANG VS ALLAH

ULASAN KISAH KETAM BAHAGIAN 1


Ketam vs Ketam ( Bahagian 1 ).

Penulis (Hassan Muhammad) menggunakan ketam sebagai simbol yang mewakili manusia. Sebuah perumpamaan untuk manusia dan yang memahaminya juga manusia bukannya haiwan.

Jadi cerita ini ditujukan kepada manusia dan yang akan membacanya nanti juga manusia. Ketam mana boleh baca kan?.

Ketam hanya sedap dimasak lomak cili padi atau masak merah..hihihi

Bahagian 1 ini, penulis bercerita tentang seekor ketam yang berjalan di dalam keramaian ketam diwaktu malam gelap.

Kemudian dia mengajak yang lain untuk berjalan lurus, tetapi ditolak dan dikatakan gila kerana dari dulu nenek moyang ketam telah mengajar berjalan senget.

Cerita penuh boleh lihat perkongsian saya sebelum ini (Part 1) di muka buku ini.
https://www.facebook.com/azman.hassan.5682

Pada pendapat saya, penulis mengisahkan tentang seseorang yang berada bersama-sama segolongan manusia yang sedang berada di dalam keadaan yang gelap.

Gelap boleh mewakili waktu malam, waktu yang tiada cahaya. Untuk berjalan atau bergerak di waktu malam kita memerlukan cahaya sebagai penyuluh jalan di hadapan kita.

Tanpa cahaya kita boleh terlanggar sesuatu atau tersesat dari arah tujuan kita.

Gelap juga boleh digambarkan sebagai satu keadaan dimana manusia tidak mengetahui tentang sesuatu. Tiada pengetahuan tentang apa yang dilakukan. Ibarat tikus membaiki labu.

Apabila disebut tentang mengajak untuk berjalan lurus, pastinya segolongan manusia yang diajak itu sedang berada di jalan yang sesat, di jalan yang salah.

Lurus juga boleh dirujuk tentang sesuatu ajaran atau pegangan akidah yang benar. Tentang agama (Deen) yang mengikut perintah Allah 100% bukan mengikut nenek moyang atau orang kebanyakkan.

Kita boleh ambil contoh kisah Rasul Muhammad yang mengajak penduduk Mekah untuk hanya mengabdi kepada Allah tetapi ajakan Baginda ditolak. Dikatakan gila dan sesat.

Ayat di bawah membuktikan tentang apa yang dibawa oleh Rasul Muhammad mendapat tolakan dari penduduk Mekah.

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk?" (Al Baqarah:170)

Rasul Muhammad mengajak penduduk Mekah supaya meninggalkan ajaran nenek moyang kerana ajaran-ajaran itu tidak benar, sesat dan menyesatkan.

Penduduk Mekah waktu itu dalam 'kegelapan' kerana masih mengikuti perbuatan nenek moyang mereka, sedangkan pekerjaan yang dilakukan itu salah.

Sama juga keadaan pada hari ini. Apabila ada manusia pilihan Tuhan itu datang dan mengajak kepada Jalan kebenaran, dikatakan sesat dan gila.

Alasannya, cuba mengubah tradisi yang telah dilakukan sejak beratus tahun dahulu.

Tetapi ibarat ketam tadi, bila ketam banyak menolak dan masih ingin berjalan senget, dia hanya berlalu pergi.




Begitulah juga hari ini, jika ada yang menolak ajakan untuk sama-sama berada di jalan yang benar, tinggalkan saja dulu.

Next..ajak pula yang lain.

Dalam kehidupan seharian, terutamanya 'sales person', penolakan (rejection) itu perkara biasa kan?. Hadapi saja 'rejection' itu dengan senyuman.

Comments

Popular posts from this blog

KAD UCAPAN RAYA, DULU DAN SEKARANG

BUFFET RAMADHAN DI HOTEL, GAYA BARU MASYARAKAT KOTA