PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ DARI SUDUT PANDANG YANG KRITIS
"Maha Suci Allah, yang telah
memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al
Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan
kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah
Maha Mendengar lagi Maha Melihat"(Al Israa:1)
Setiap tahun semasa sambutan sempena peristiwa Israk dan Mikraj, ayat di atas dibaca dan diceritakan tentang peristiwa yang berkaitan.
Apa yang kerap dikongsikan oleh ustaz atau guru-guru agama sehingga menjadi kefahaman semua hingga kini ialah tentang kisah perjalanan Nabi Muhammad SAW dalam satu malam.
Perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidilaqsa di Baitulmuqaddis. Seterusnya naik ke langit ke 7, lalu kembali ke Mekah pada malam yg sama.
Juga diceritakan bagaimana Nabi Muhammad SAW berjumpa nabi dan rasul-rasul terdahulu di setiap lapisan langit. Selain melihat pelbagai peristiwa yang berlaku kepada umat-umat terdahulu.
Nabi Muhammad SAW juga diceritakan telah melihat surga dan neraka serta berhenti di Sidratul Muntaha. Diakhirnya dikisahkan bagaimana baginda menerima perintah supaya mendirikan solat.
Peristiwa ini diriwayatkan berlaku pada 27 Rejab, tahun ke-11 selepas baginda dipilih dan diangkat menjadi Rasul (3 tahun sebelum hijrah).
Pelbagai Nas dan hadis dikeluarkan oleh penceramah bagi mengukuhkan hujah mereka. Bertujuan supaya pendengar percaya 100% cerita yang disampaikan.
Saya bukan mahu menyambung cerita yang telah diceritakan oleh penceramah-penceramah sebelum ini. Tetapi mahu mengajak pembaca melihat dan berfikir dengan rasional tentang apa yang ingin dikongsikan.
Dari ayat di atas, penulis ingin mengulas beberapa perkataan utama yang terdapat dalam firman Allah tersebut.
1. ..memperjalankan..
2. ..pada satu malam..
3. ..Masjidilharam dan Masjidilaqsa..
4. ..telah kami berkahi sekelilingnya..
5. ..agar kami memperlihatkan..
1. Memperjalankan.(asra')
Merupakan suatu kata terbitan yang membawa maksud ada seseorang yang membawa seseorang lain berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Memperjalankan boleh berlaku secara fizikal atau secara statik. Secara fizikal adalah seseorang itu bergerak dari satu point ke point yang lain melalui jalan darat, udara atau laut.
Manakala secara statik adalah seseorang itu dibacakan atau diperdengarkan tentang sesuatu peristiwa atau sejarah yang berlaku tanpa perlu bergerak.
Logiknya secara statik banyak yang dipraktikkan sekarang ini. Contohnya kita tidak perlu ke Jepun untuk melihat Tsunami yang berlaku di sana.Tetapi ditayangkan kepada kita peristiwa tersebut melalui media.
"Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunah Allah; karena itu berjalanlah (fasiru) kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)". (Ali Imran:137)
Banyak lagi peristiwa terkini dan sensasi yang diperjalankan kepada kita tanpa perlu kita ke tempat tersebut. Apa yang penting kita mengetahui perkara yang terjadi.
Contoh ayat 137 dalam Surah Ali Imran di atas. Berjalanlah (fasiru) boleh membawa maksud pergi melihat ke tempat umat-umat terdahulu yang mendustakan para Rasul seperti Mesir.
Bagi yang mampu bolehlah mengambil pakej ke Mesir untuk menyelurusi sejarah di Lembah Giza atau Abu Simbel. Bagi yang tidak mampu boleh 'berjalan' menggunakan khidmat Mr Google. Pasti akan dapat info berkenaan bangsa-bangsa terdahulu.
Adakah jika kita ingin mengetahui kisah perang dunia ke 2 yang berlaku dari 1939 hingga 1945 harus kembali ke tahun tersebut. Atau hanya boleh melihat dari video atau gambar-gambar yang telah disimpan?.
Hari ini 'dunia hanya dihujung jari'. Dengan beberapa 'klik' kita sudah boleh mengetahui atau mendapat maklumat yang dimahukan.
Berfikiran kritis dan logis bukan bererti menidakkan peristiwa Israk Mikraj tersebut atau tidak mengimani kekuasaan Yang Maha Esa. Tetapi mengajak kita lebih praktikal tentang sesuatu berbanding menerima perkara ghaib (magis/tahyul) secara bulat-bulat.
Orang Melayu, khasnya suka sesuatu yang berbentuk ghaib berbanding logik dan praktikal. Yang ghaib dan tahyul lebih dipercayai berbanding realiti.
2. Pada satu malam.(lail)
Malam adalah satu keadaan gelap yang melibatkan tempoh waktu tertentu.
Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), makna malam ialah hari di waktu sesudah matahari masuk sehingga matahari terbit. Ataupun bersamaan waktu maghrib dan sehingga matahari terbit, waktu selepas subuh.
Dalam satu jawapan kepada pertanyaan berkenaan waktu malam dalam portal Mufti Wilayah Persekutuan Al_Kafi # 251;
Sebenarnya, bermula waktu malam ialah dengan masuknya waktu Maghrib dan berakhir dengan habisnya waktu Isyak.
Jika diambil kira waktu solat semasa di Kuala Lumpur mengikut kaedah 24 jam, waktu Maghrib bermula pada jam 19:21 dan berakhirnya waktu Isyak pada jam 05:52. Maka, jumlah waktu malam ialah 10 jam 50 minit.
Jika sepertiga malam ialah 3 jam 50 minit, maka bermulanya sepertiga malam terakhir ialah kira-kira pada jam 02:21 sehingga subuh.
Jadi waktu malam secara am boleh kita anggarkan antara selepas maghrib hingga waktu sebelum subuh. Antara jam 7.30 malam hingga jam 6 pagi.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan selama lebih 10 jam selain solat maghrib, Isya dan solat sunat di malam hari.
Bangun waktu malam atau dikenali 'Qiamullail' juga termasuk dalam aktiviti yang digalakkan. Selain solat sunat, boleh juga membaca Al Quran serta buku berkaitan perjalanan dan perjuangan nabi dan rasul-rasul terdahulu.
Dengan membaca dan memahami kitab-kitab terdahulu, pastinya kita akan tahu bagaimana perjalanan dan perjuangan Nabi Adam hingga kepada Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan syiar Allah di muka bumi.
Kini, ada juga orang yang cuba mendapat, mengetahui dan memahaminya sesuatu maklumat hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja.
Dengan melayari di internet, kita sudah bisa memperolehi ilmu tentang sesuatu perkara. Tidaklah perlu mengambil masa beberapa hari dengan mengeluarkan perbelanjaan yang besar hanya untuk melihat kesan
secara dekat.
Tetapi jika mampu apa salahnya, silakan.
3. Masjidilharam dan Masjidilaqsa.
Kedua-duanya merupakan tempat suci bagi orang Islam melakukan ibadah sehingga kini.
Masjidilharam telah dibina oleh Nabi Adam AS sebelum diteruskan serta diubah suai oleh Nabi Ibrahim AS serta Nabi Ismail

Dengan melayari di internet, kita sudah bisa memperolehi ilmu tentang sesuatu perkara.
Tetapi jika mampu apa salahnya, silakan.
3. Masjidilharam dan Masjidilaqsa.
Kedua-duanya merupakan tempat suci bagi orang Islam melakukan ibadah sehingga kini.
Masjidilharam telah dibina oleh Nabi Adam AS sebelum diteruskan serta diubah suai oleh Nabi Ibrahim AS serta Nabi Ismail
Gambar Kaabah zaman dulu. |
Masjid Aqsa |
Dalam bahasa arab, kata dasar masjid disebut 'sajada' atau bermaksud
tempat sujud. Tempat umat Islam melakukan ibadat solat.
Masjid juga merupakan tempat pengabdian. Iaitu tempat melakukan segala aktiviti selain dari tempat solat semata-mata. Selain itu, masjid merupakan 'lambang' kepada
kewujudan komuniti Islam di kawasan tersebut.
Begitu juga dengan wujudnya kuil hindu, gereja atau Tokong Budha. Semua itu merupakan 'lambang' tunduk patuh
komuniti masing-masing kepada fahaman yang dianuti dan diikuti.
Merujuk kepada ayat dalam Surah Al Israa di atas, "...diperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa.."
Jika amati sejarah Nabi Muhammad, baginda dilahir dan dibesarkan di Mekah. Menyampaikan dakwah selama 13 tahun dari Mekah.
Pastinya baginda amat arif tentang Kaabah, iaitu tempat ibadah Kaum Quraisy Mekah. Kaabah juga tempat Muhammad melakukan solat sebelum baginda diangkat menjadi Rasul.
Allah melalui Malaikat Jibril, memperjalankan atau 'memperlihatkan' kepada Nabi Muhammad tanda-tanda atau bukti-bukti pengabdian rasul-rasul terdahulu bersama umat masing-masing.
Setiap rasul mempunyai tempat sebagai bukti tunduk patuh kepada Allah, Tuhan Semesta Alam. Suatu tempat suci atau digelar Tanah suci atau tanah yang dijanjikan.
Kerajaan syurga (Kingdom Of heaven) diberikan kepada Nabi Musa AS. Tanah yang dijanjikan (Promise Land) diberikan kepada Nabi Isa AS. Pastinya Nabi Muhammad juga mempunyai tanah yang dijanjikan.
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada tahun ke 11 kerasulan iaitu tahun ke 3 sebelum hijrah. Peristiwa ini jika kita tanggapi secara teliti merupakan tanda-tanda(kebesaran) dari Allah kepada setiap rasul-Nya.
Masjid juga merupakan tempat pengabdian. Iaitu tempat melakukan segala aktiviti selain dari tempat solat semata-mata.
Begitu juga dengan wujudnya kuil hindu, gereja atau Tokong Budha.
Merujuk kepada ayat dalam Surah Al Israa di atas, "...diperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa.."
Jika amati sejarah Nabi Muhammad, baginda dilahir dan dibesarkan di Mekah. Menyampaikan dakwah selama 13 tahun dari Mekah.
Pastinya baginda amat arif tentang Kaabah, iaitu tempat ibadah Kaum Quraisy Mekah. Kaabah juga tempat Muhammad melakukan solat sebelum baginda diangkat menjadi Rasul.
Allah melalui Malaikat Jibril, memperjalankan atau 'memperlihatkan' kepada Nabi Muhammad tanda-tanda atau bukti-bukti pengabdian rasul-rasul terdahulu bersama umat masing-masing.
Setiap rasul mempunyai tempat sebagai bukti tunduk patuh kepada Allah, Tuhan Semesta Alam. Suatu tempat suci atau digelar Tanah suci atau tanah yang dijanjikan.
Kerajaan syurga (Kingdom Of heaven) diberikan kepada Nabi Musa AS. Tanah yang dijanjikan (Promise Land) diberikan kepada Nabi Isa AS. Pastinya Nabi Muhammad juga mempunyai tanah yang dijanjikan.
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada tahun ke 11 kerasulan iaitu tahun ke 3 sebelum hijrah. Peristiwa ini jika kita tanggapi secara teliti merupakan tanda-tanda(kebesaran) dari Allah kepada setiap rasul-Nya.
Allah SWT ingin menunjukkan bukti yang telah
diperbuat oleh rasul-rasul bersama umat terdahulu. Ianya ada dijelaskan dalam
Surah Al Fath, ayat 29.
"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar". (Al Fath:29)
Jika dilihat terjemahan ayat di atas, tanda-tanda nampak pada muka mereka. Cuba fikirkan, jika tanda-tanda tampak pada muka atau wajah, pasti sudah hilang.
Pasti kita tidak dapat lihat lagi sebab mereka itu sudah meninggal dunia beribu tahun dulu.
Bila dikatakan tanda-tanda mereka tampak, bermaksud pasti kita boleh nampak hingga ke hari ini kan?.
Melalui ayat di atas, Allah SWT memberi 'peringatan' kepada Nabi Muhammad supaya mencari tanah suci. Sebuah tanah atau tempat yang tidak bercampur antara hukum Allah dengan hukum Thagut.

Kemudian apabila sebahagian penduduk Yatsrib berjumpa dan membuat Baiah dengan baginda. Saat itulah baginda tahu yang Yatsrib adalah tempat yang dijanjikan oleh Allah sebagai sebuah bukti tertegaknya aturan Allah di muka bumi saat itu.
Yatsrib, atau Madinah selepas penghijrahan Nabi Muhammad SAW merupakan tempat bermulanya sebuah kerajaan Allah pada waktu itu. Selepas kerajaan Allah yang
diamanahkan kepada Adam, Ibrahim, Sulaiman, Musa dan Isa.
Disini terdapat persoalan terkait antara Masjidilharam dengan Masjidilaqsa. Dengan jarak darat sekitar hampir 1800km, adalah mustahil sesorang boleh sampai dalam satu malam dengan menunggang seekor unta.(kondisi pada waktu itu)
Terdapat perbezaan pendapat para ulama bila membicarakan tentang perjalanan baginda. Ada yang berpendapat secara ruhul qudus tanpa jasad dan juga berpendapat kedua-duanya sekali.
Imam Al- Thabari Rahimullah dalam menyatakan pendapatnya tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini terdapat hadis yang sahih dan samar-samar dalam memberikan hujah masing-masing.
Walaubagaimana pun kebanyakkan ulama berpendapat bahawa jasad dan roh Nabi Muhammad telah diperjalankan pada malam tersebut.
Seperti apa yang yang telah dikatakan, penulis bukan menidakkan peristiwa yang berlaku. Cuma bagaimana ianya berlaku boleh dilihat dan dibincangkan secara yang lebih kritis.
Peristiwa yang telah berlaku dilihat dari sudut sains dan teknologi masa kini. Adakah ianya suatu peristiwa yang dipenuhi oleh kepercayaan ghaib(magis/tahyul) atau bersandarkan logik dan realiti sebagai manusia.
Di Mekah, pada waktu Nabi Muhammad SAW menjadi Rasul, terdapat beberapa orang ahli kitab, seperti Waraqah bin Naufal.
Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushay Al-Quraisyi adalah bapa saudara Siti Khadijah, isteri Nabi Muhammad SAW.
Beliau mengetahui tentang kerasulan Nabi Muhammad SAW dari Kitab Injil. Sebab itu beliau antara orang yang mula-mula percaya yang Muhammad telah diangkat sebagai nabi.
Jadi, bolehkah jika kita menerima versi yang lebih realistik berbanding magis (ghaib/tahyul), walaupun kita mengimani kekuasaan Allah SWT.
Allah bukan yang seperti kebanyakkan orang faham, bila dikatakan 'Kun Fa Ya Kun', terus terjadi sesuatu perkara itu.
Sebenarnya ada proses yang berlaku.(Ini akan kita bicarakan dilain waktu).
Kita harus sadar yang Allah SWT juga terikat kepada sunnah-Nya atau ketetapan-Nya. Contohnya Allah menciptakan Bumi dan segala isinya dalam 6 hari atau 6 masa. Bukan hari ini sebut nak buat esok terus terjadi.
Bolehkah jika dikatakan yang Nabi Muhammad SAW telah ditalwiahkan (dibacakan) Al Kitab (Taurat dan Injil) oleh para ahli kitab.
Dalam tempoh 11 tahun kenabian dan dakwah ke beberapa kawasan berhampiran kota Mekah, pastinya baginda telah bertemu dengan beberapa ahli kitab Taurat dan Injil.
Pertemuan ini telah membawa kepada wacana ilmu berkenaan Israk dan Mikraj yang kita kenali waktu ini.
Wacana yang berlaku dalam satu malam telah 'dinampakkan' bukti pengabdian setiap nabi dan rasul serta umat terdahulu. Ada yang menerima dan ada yang menolak.
Nabi Muhammad SAW dibacakan apakah hukuman yang diterima oleh umat-umat terdahulu yang mendustakan para rasul.
Dalam Al Quran terdapat banyak ayat yang menunjukkan bagaimana Allah membinasakan kaum yang ingkar.
"Betapa banyaknya negeri yang telah Kami binasakan, maka datanglah siksaan Kami (menimpa penduduk) nya di waktu mereka berada di malam hari, atau di waktu mereka beristirahat di tengah hari"(Al Araaf:4)
Jadi banyak contoh siksaan atau kebinasaan kaum terdahulu yang Nabi Muhammad boleh lihat di dalam Al Kitab selain yang diwahyukan oleh Allah.
Membawa maksud, kawasan yang berhampiran Masjidilharam dan Masjidilaqsa telah diberkahi oleh Allah, Tuhan sekalian Alam.
Apakah maksud diberkahi dan kenapa?.
Diberkahi sinonim dengan makna diberkati atau dirahmati oleh Allah. Yang mendapat rahmat dari Allah diatas kebaikan dan kebajikan yang telah dilakukan.
Kenapa Allah berkahi di sekeliling Masjidilharam dan Masjidilaqsa?.
Pastinya ajaran-ajaran para nabi dan rasul juga telah disampaikan serta diterima oleh masyarakat di sekitar tanah suci tersebut.
Jika mengambil contoh Nabi Muhammad SAW, tanah suci yang dijanjikan ialah Yastrib, atau dikenali sebagai Madinah selepas proses penghijrahan.
Jadi, kawasan di sekitar Madinah seperti Mekah, Taif juga diberkahi kerana menerima ajaran Nabi Muhammad SAW.
5. Agar kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami.
Masjidilharam dan Masjidilaqsa hanyalah sebahagian tanda pengabdian nabi dan rasul serta umat terdahulu. Masih banyak lagi tanda-tanda lain yang boleh dilihat di muka bumi.
Bagi orang yang berakal, pastinya dapat memikirkan apakah peringatan yang cuba disampaikan oleh Allah kepada mereka.
Mereka yang beriman pastinya meyakini bahawa tanda-tanda yang dinyatakan di dalam kitab menjadi contoh bagaimana mereka perlu perbuat.
"Kemudian Kami jadikan kamu pengganti-pengganti (mereka) di muka bumi sesudah mereka, supaya Kami memperhatikan bagaimana kamu berbuat".(Yunus:14)
Suatu bukti pengabdian diperlukan untuk menunjukkan yang para pengganti juga benar-benar tunduk patuh kepada perintah-Nya.
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj sesuai ayat pertama dalam Surah Al Israa mempunyai natijah kepada yang mahu berfikir.
Adakah hanya sekisar sebuah cerita yang dilihat mengandungi unsur magis (ghaib/tahyul) atau mengandungi sesuatu pelajaran?.
"Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka
itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Qur'an itu
bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang
sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi
kaum yang beriman".(Yusuf:111)
Allah telah menegaskan, Al Quran adalah sebuah kitab yang mengandungi pelbagai kisah orang terdahulu samada yang tunduk patuh atau yang ingkar.
Jadi bagi kita hari ini, fahamilah bahawa Al Quran bukan hanya sekadar dibaca dan dihafaz. Wajib menjadikannya sebagai pedoman, panduan dan pelajaran (sumber ilmu) kepada kita.
"Itu adalah umat yang lalu; baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan".(Al Baqarah:134)
Apa yang dikongsikan oleh penulis di atas tadi adalah tentang kisah umat terdahulu. Apa yang telah dilakukan oleh umat sebelum kita.
Kita hari ini, jika mengimani rukun iman yang 6 pastinya mempunyai tanggungjawab yang sama. Sama seperti apa yang telah diperbuat oleh umat terdahulu.
Mencari tanah yang diberkahi menjadi tugas para mukmin. Ianya bukan tugas mudah, tetapi memerlukan perancangan dan gerak kerja berstrategi serta tersusun.
Semua petunjuk, panduan, pedoman serta penjelasan tersebut terdapat di dalam Kitab al Quran.
Oleh itu, janganlah dijadikan Al Quran seperti sebuah 'barang'. Bila perlu digunakan, bila tidak dipinggir atau dibuang terus.
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan manfaat kepada pembaca yang mahu berfikir.
Sekian.
Azman Hassan
250320
Selangor
Sumber rujukan:
1. Al Quran
2. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1376-al-kafi-251-pembahagian-malam-dan-qiamullail
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Al-Aqsa
4. http://www.jewishencyclopedia.com/articles/14310-temple-of-solomon#487
Comments
Post a Comment