SOLUSI KEPADA CABARAN MASA KINI

Semua makhluk yang ada di alam semesta adalah diciptakan. Samada oleh Allah, Tuhan Pencipta Sekelian Alam atau oleh manusia yang mendapat ilmu dari-Nya.

Secara saintifik, Covid-19 dicipta oleh manusia, tetapi dari segi haq, ianya adalah makhluk Allah. Allah berkuasa menghidup dan mematikan.

Virus yang sedang menjadi ketakutan ramai ini mempunyai ciri-ciri bagaimana ia terus kekal hidup di dalam anggota tubuh badan manusia, terutamanya di bahagian paru-paru.

Manusia juga adalah makhluk ciptaan Allah yang istimewa dan unik. Diberikan akal pemikiran supaya dapat hidup selain mencari solusi bagi setiap permasalahan yang dihadapi.

Kendati sehebat mana manusia itu akhirnya, masih memerlukan pedoman dan panduan yang haq bagi membimbing mereka agar tidak sesat sewaktu 'berjalan'.

Kitab, khasnya Al Quran adalah buku pedoman kepada manusia. Menjadi panduan kepada mereka yang yakin.

Diturunkan kepada manusia bukan untuk menyusahkan hingga ada yang menjadi takut memahaminya malah mengajak mengenal pun sering dipertikaikan.

"Kami tidak menurunkan Al Qur'an ini kepadamu agar kamu menjadi susah;"(Thaahaa:2).

Al Quran bukanlah suatu yang rumit untuk difahami. Malah ianya adalah ilmu dari Allah yang mudah difahami. Kitab yang memberikan pelajaran kepada manusia.

Banyak penjelasan yang terkandung didalamnya merupakan petunjuk, pedoman dan panduan kepada manusia. Selain perintah dan larangan.

"Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?". (Al Qamar:17).

Binatang serta tumbuhan tidak dapat mengambil apa-apa pelajaran pun dari Al Quran kerana bukan untuk mereka. Al Quran untuk makhluk istimewa dan unik sahaja, iaitu manusia.

Dalam ayat di atas, Allah bertanya sejauh mana manusia telah mengambil pelajaran dari Al Quran yang telah diturunkan.

Bukan hanya sekali pertanyaan dari Allah. Malah berulang pada ayat 22, 32 dan 40 dalam surah yang sama.

Jadi, apakah sebenarnya Al Quran itu bagi manusia?.

"Al Qur'an ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini." (Al Jaatsiyah:20).

Kenapa Al Quran diturunkan kepada manusia bukan makhluk lain?.

Dalam firman Allah lain ada menjelaskan bahawa manusia adalah ciptaan-Nya yang paling sempurna (sebaik-baik ciptaan).

"sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"(At Tiin:4).

Manusia adalah ciptaan mutakhir yang memiliki keistimewaan luar biasa dibanding dengan makhluk lain. Mereka mampu mengolah semua bahan mentah (raw material) di bumi tidak seperti yang lain.

Oleh itu manusia memerlukan sebuah pedoman, panduan atau 'manual book' supaya semua aktivitinya di bumi tidak merosak dan memusnahkan alam hingga merugikan manusia lain.

Al Quran adalah satu-satunya alat untuk menguji kebenaran perilaku aktiviti manusia yang rasmi dan diredhai oleh Allah.

Kitab Al Quran merupakan petunjuk yang mampu memberikan penyelesaian yang tepat dan bijaksana terhadap semua permasalahan manusia.

Begitu juga dengan cabaran yang dihadapi oleh manusia akhir zaman ini. Dengan kembali kepada pedoman dan panduan yang benar dari-Nya, pasti manusia akan dapat mencari jalan penyelesaiannya.

Inilah manfaat yang sangat luar biasa dan sebuah anugerah agung dari Yang Maha Esa kepada manusia.

Bagi manusia yang yakin, mereka tidak mempersiakan apa yang telah diturunkan kepadanya. Hanya mengharapkan bimbingan dan pertolongan dari-Nya, bukan dari makhluk lain.

Manusia yang beriman kepada Al Quran, mereka yakin setiap cabaran pasti mempunyai solusi yang boleh digunapakai untuk sepanjang zaman.

*Olahan sebuah perkongsian dari seorang sahabat.

Sekian.



Comments

Popular posts from this blog

KAD UCAPAN RAYA, DULU DAN SEKARANG

BUFFET RAMADHAN DI HOTEL, GAYA BARU MASYARAKAT KOTA