KEMISKINAN BOLEH MEMBAWA KEPADA KEKUFURAN
Definisi miskin boleh dilihat dari dua sudut pandang. Biasa orang hanya merujuk kepada miskin fizikal. Tetapi miskin ilmu lebih teruk kesannya kepada manusia. Miskin fizikal boleh diertikan sebagai serba kekurangan kepada keperluan untuk hidup. Serba serbi kurang atau tidak ada langsung untuk mengurus kehidupan. Kekurangan makanan, wang dan harta benda boleh memberi kesan kepada yang mengalaminya. Kepala sakit, pening memikirkan apa dan bagaimanakah solusi yang boleh diambil untuk keluar dari masalah tersebut. Sudah tentu apa yang akan dibuat adalah tindakan jangka pendek. Pelbagai kerja dibuat dengan harapan masalah dapat diselesaikan. Ibarat "Kais pagi, makan pagi. Kais petang belum tentu dapat makan untuk esok". Situasi ini bukan hanya berlaku di pedalaman atau di kampung yang jauh dari dunia kemodenan, malah lebih teruk di bandar Miskin bandar merupakan cabaran masa kini. Gaji RM3000 sebulan pun belum tentu cukup