Posts

Showing posts from July, 2019

PERLUNYA SIKAP PEDULI TERHADAP ALAM SEKITAR

Image
Kilang-kilang terpaksa mengurangkan operasi pengeluaran, kedai dobi ditutup, kedai mencuci kereta memberhentikan operasi, peniaga sektor makanan terjejas dan aktiviti domestik tergendala.  Ini merupakan antara kesan yang dialami akibat tiada bekalan air bersih yang terawat. Manusia pun boleh mati jika anggota badan tidak mendapat air bersih. Pada 19 Julai lepas lebih seribu kawasan sekitar lembah klang mengalami gangguan bekalan air akibat penutupan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3. kesan pencemaran bau di sungai tersebut. Belum sampai seminggu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS) terpaksa menutup semula loji tersebut disamping Loji Rawatan Air Rantau Panjang akibat pencemaran diesel pula. Punca adalah disebabkan oleh kerja-kerja pengorekan pasir di hulu sungai. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengatakan ianya mungkin perbuatan khianat atau kecuaian pihak tertentu tanpa menyatakan pelaku dan motifnya. Laporan polis telah dibuat oleh SYABAS

TASBIH VS PERBUATAN

Image
ULASAN KISAH KETAM BAHAGIAN 2 Ketam & Tarian ( Part 2 ) Di bahagian kedua kisah ketam, penulis (Hassan Muhammad) membawa pembaca melihat situasi di sebuah Kampung Tuli. Tuli digunakan bagi menggambarkan penduduk atau rakyat yang pekak atau tak mahu mendengar. Mana lojik jika 33 juta penduduk semuanya rosak pendengaran. Di dalam kampung itu penulis juga menggambarkan penduduknya dilihat menyebut-nyebut nama ketua mereka sambil menari, bergoyang badan dan kepala. Ketua merupakan seorang pemimpin, samada pemimpin sebuah parti politik, pemimpin agama atau pemimpin sebuah badan NGO. Menyebut-nyebut boleh juga diertikan dengan berzikir-zikir. Bertasbih menyebut nama seseorang dengan harapan orang yang disebut-sebut itu akan dapat membantu menyelesaikan masalahnya. Pemimpin biasanya ada pengikut dan ideologi yang dibawa. Pengikut memuja-muja dan menjadikannya sebagai idola hingga sanggup bermati-matian dalam mempertahankannya. Apa yang dikatakan oleh pemimpin itu betul 1

NENEK MOYANG VS ALLAH

Image
ULASAN KISAH KETAM BAHAGIAN 1 Ketam vs Ketam ( Bahagian 1 ). Penulis (Hassan Muhammad) menggunakan ketam sebagai simbol yang mewakili manusia. Sebuah perumpamaan untuk manusia dan yang memahaminya juga manusia bukannya haiwan. Jadi cerita ini ditujukan kepada manusia dan yang akan membacanya nanti juga manusia. Ketam mana boleh baca kan?. Ketam hanya sedap dimasak lomak cili padi atau masak merah..hihihi Bahagian 1 ini, penulis bercerita tentang seekor ketam yang berjalan di dalam keramaian ketam diwaktu malam gelap. Kemudian dia mengajak yang lain untuk berjalan lurus, tetapi ditolak dan dikatakan gila kerana dari dulu nenek moyang ketam telah mengajar berjalan senget. Cerita penuh boleh lihat perkongsian saya sebelum ini (Part 1) di muka buku ini. https://www.facebook.com/azman.hassan.5682 Pada pendapat saya, penulis mengisahkan tentang seseorang yang berada bersama-sama segolongan manusia yang sedang berada di dalam keadaan yang gelap. Gelap boleh mewakili waktu

DIMANAKAH KIBLAT KITA?

Image
Hari ini semua orang sibuk suruh periksa arah kiblat. Sejak awal pagi ramai yang berkongsi tentang arah kiblat yang sebenarnya mengikut kedudukan matahari di atas kaabah yang akan berlaku pada hari ini 16 Julai 2019, jam 5.27 petang tadi. Mari semak arah kiblat kita, mana tau ada yang sudah terpesong atau sudah berpindah tempat. Makna kiblat oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)  : Arah atau hala yang menghadap Kaabah di Mekah; arah yg dihadapi oleh orang-orang Islam ketika bersembahyang. Secara mudah, kiblat itu adalah arah tempat orang-orang Islam menghadap sewaktu sembahyang. Hari ini arahnya di Mekah. Jika dilihat secara kritis, kiblat atau hala boleh juga bukan hanya ke kaabah. Manusia berkiblatkan kepada kuasa. Segala usaha, tenaga dan hartanya diarahkan kepada bagaimana mahu berkuasa dan mengekalkan kuasa. Begitu juga berkiblat kepada wang ringgit dan sebagainya. Arah atau hala adalah umum, cuma orang Islam lebih memahaminya arah ke kaabah. Dalam Al Quran Allah ada berf

MENDIDIK MELALUI PENULISAN YANG KRITIS

Image
Nak cerita kat sini satu situasi di lampu isyarat pagi tadi. Kalau tak tulis takut lupa pulak nanti. Bukan mudah untuk menjadi seorang Ghostwriter (penulis upahan). Mesti melatih diri 10 ke 20 minit sehari dengan menulis. "Alah Bisa Tegal Biasa" Nampak seorang pakcik ni naik motosikal dengan membonceng anak untuk dihantar ke tadika islam mana tak pasti. Kenapa saya agak ke tadika islam, sebab pakai songkok putih yang bersulam logo Jakim, berbaju warna hijau, seperti uniform. Jika dah namanya budak-budak, pakai bag ada gambar superman lagi tu. Bila saya lihat dia dan senyum, dia balas balik dengan senyuman. Comel nampaknya. Tidak sempat merakam gambar kerana baru jer nak ambil phone, lampu sudah bertukar warna. Gambar Hiasan Senyuman saya kepadanya ada pelbagai makna. Saya nak senyum kepada ayahnya tapi tak boleh sebab dia sedang memandang ke depan. 1. Persoalan dalam hati saya, kenapa ayahnya tidak mengajarkan kepada dia memakai helmet.