TIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MERASAI MATI
"Tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat dan tidak dapat pula memajukannya".(Al A'raf ayat 34) Hari ini bangun pagi dapat pesanan di telefon bimbit yang memaklumkan seorang tetamu yang saya kenali dan pernah bawanya semasa di Eropah tahun lepas telah meninggal dunia. "Dari Allah kamu datang dan kepada Allah kamu dikembalikan". Masih saya ingat lagi arwah ke Eropah bersama suami dengan menggunakan kerusi roda dan beliau menaiki van yang saya pandu dari mula hingga ke akhir trip tersebut. Ajal maut di bawah kekuasaan dan pengetahuan Allah sahaja. Kita sebagai manusia tidak tahu bila kita akan menemui ajal walaupun ianya telah ditetapkan. Dalam Surah Ali Imran ayat 185 Allah ada berfirman yang bermaksud "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati..." Hidup dan mati itu adalah satu ketetapan dari Allah. Yang hidup pasti mati dan yang mati akan 'dibangkitkan'